Harian Metro

Syarat baru miliki rumah PPR Tamat kontrak

-

Percubaan selama dua tahun diberikan kerajaan kepada pembeli rumah menerusi skim sewa beli sebagai syarat baru sebelum kediaman Projek Perumahan Rakyat (PPR) menjadi hak milik mereka.

Menteri Kesejahter­aan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar berkata, syarat itu dilakukan berikutan kebanyakan penghuni PPR menghadapi kesulitan membayar sewa rumah walaupun serendah

RM180.

Menurutnya, syarat itu juga sekali gus menjadikan mereka yang membeli rumah menerusi skim berkenaan menjaga rumah dengan lebih baik.

“Jika mereka memenuhi syarat dan perjanjian dalam tempoh dua tahun percubaan, kita tukarkan sewa bulanan dibayar (dalam tempoh dua tahun) kepada pembayaran skim terbabit.

“Sebaliknya sekiranya dalam tempoh dua tahun pun mereka tidak mampu bayar sewa bulanan, belum tentu dalam tempoh 20 tahun mereka jaga rumah dengan baik,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri sambutan Hari Landskap Negara 2017 peringkat kebangsaan di Taman Tasik Kamunting, di sini, semalam, yang dirasmikan Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Pada sambutan itu juga, Noh merasmikan Projek Perumahan Rakyat Kamunting dengan pembinaan 260 unit rumah dengan kos RM41 juta.

Kementeria­n Pendidikan Malaysia (KPM) mewujudkan klausa perjanjian baru yang memberi kuasa kepada mereka menamatkan kontrak pengendali makanan sekolah berasrama jika terbabit kes keracunan makanan.

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, langkah itu satu daripada penambahba­ikan skop kontrak perkhidmat­an membekal makanan bermasak di sekolah berasrama yang berkuat kuasa mulai 1 Jun depan.

Katanya, pada 2015 dan 2016, kementeria­n membelanja­kan RM2.8 bilion untuk 1,310 jumlah kontrak perkhidmat­an bekalan makanan bermasak.

“Disebabkan nilai perbelanja­an diperuntuk­kan itu besar, kementeria­n menggarisk­an beberapa mekanisma pemantauan makanan lebih proaktif dalam memastikan tahap keselamata­n dan kualiti makanan dibekal serta disediakan sentiasa terkawal dan selamat.

“Statistik 2015 merekodkan 63 kejadian keracunan makanan berlaku di sekolah asrama dan jumlah berkenaan meningkat kepada 98 kejadian tahun lalu.

“Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) mendapati antara punca keracunan disebabkan makanan disediakan di dapur asrama sekolah,” katanya selepas lawatan khas ke Sekolah Menengah (SM) Sains Kubang Pasu, di sini, semalam.

Mahdzir berkata, kementeria­n juga menambah baik jawatan pengurus dan penyelia makanan bergantung kepada kategori sekolah.

“Sebagai contoh, bagi Kategori A iaitu sekolah mempunyai melebihi 600 murid, seorang pengurus atau penyelia makanan dilantik perlu memiliki diploma dalam bidang berkaitan atau sekurang-kurangnya

„ Klausa baru bagi pengendali sekolah makanan berasrama terbabit kes keracunan

tiga tahun pengalaman bekerja dalam bidang teknologi makanan.

“Selain itu, bagi menggalakk­an pengendali makanan memberikan perkhidmat­an terbaik, kami memutuskan memberi peluang kepada pengendali makanan melanjutka­n tempoh kontrak pembekalan makanan daripada dua tahun kepada tiga tahun tertakluk kepada prestasi mereka dan pengesyora­n daripada pihak sekolah,” katanya.

Mahdzir berkata, bagi meningkatk­an tahap keselamata­n penyediaan makanan di sekolah juga, pihaknya melancarka­n Program Rintis Pensijilan Amalan Pengilanga­n Baik (GMP) bagi dapur dewan makan sekolah berasrama.

“Program rintis ini usahasama antara KPM dan KKM iaitu penilaian pensijilan GMP dibuat tiga tahun sekali. “Pengiktira­fan diberikan kepada premis makanan yang melaksanak­an sistem kawalan keselamata­n makanan melalui amalan baik dalam menghasilk­an makanan selamat dan berkualiti menerusi tatacara penyediaan makanan,” katanya.

Tiga sekolah berasrama penuh (SBP) iaitu Sekolah Sultan Alam Shah, Putrajaya, Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya dan SM Sains Kubang Pasu menjadi sekolah printis kepada program GMP.

 ??  ?? MAH DZI R ( t en gah ) meninjau dapur kantin SM Sains Kubang Pasu yang menerima pensijilan GMP, s emalam.
MAH DZI R ( t en gah ) meninjau dapur kantin SM Sains Kubang Pasu yang menerima pensijilan GMP, s emalam.
 ??  ?? NOH (kiri) dan Dr Zambry melihat model PPR Kamunting, semalam.
NOH (kiri) dan Dr Zambry melihat model PPR Kamunting, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia