Harian Metro

‘Sesiapa pun tak terlepas’

-

Putrajaya: Sekiranya ia diluluskan kelak, Rang Undang-undang Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 tidak melepaskan sesiapa biarpun pelaku itu bapa, ibu atau saudara terdekat kanak-kanak berkenaan.

Itu tegas Menteri Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Karim berkaitan bentuk hukuman, denda dan sebatan yang menanti pelaku jenayah seksual kanak-kanak.

Rohani berkata, undang-undang baru itu mengheret sesiapa saja, sekali gus memastikan keadilan dan perlindung­an sewajarnya kepada kanak-kanak yang menjadi mangsa jenayah seksual.

Menurutnya, RUU yang dibentangk­an untuk bacaan kali kedua di Dewan Rakyat hari ini turut memperuntu­kkan hukuman kepada mereka yang tidak melaporkan jenayah itu kepada pihak berkuasa atau dengan kata lain bersubahat menyembuny­ikan jenayah seksual.

“Mengikut Fasal 20, individu yang bersubahat menyembuny­ikan jenayah seksual boleh didenda RM5,000. Berdasarka­n kajian, banyak kes jenayah seksual berlaku namun ia tidak dilaporkan.

“Oleh kerana tidak cukup bukti, kes berkenaan tidak boleh didakwa. Kami sedih kerana pengadilan kepada mangsa tidak dapat dijalankan,” katanya pada sidang media selepas menyempurn­akan majlis perasmian Pusat Transit Remaja Kafe@Teen Putrajaya, di sini, semalam.

Katanya, 80 peratus kes jenayah seksual dilakukan mereka yang dikenali mangsa, malah ada beberapa kes apabila jenayah itu dilakukan di hadapan ahli keluarga sendiri.

Rohani berkata, pihaknya mendapati insiden jenayah seksual itu tidak dilaporkan kononnya mahu menutup aib keluarga.

“Kita dengar ada jenayah ini dilakukan di hadapan ibu kanak-kanak itu, tapi kita tidak boleh dakwa (pesalah) sebab (ibu) tidak mahu beri keterangan, jadi kes itu dibuang.

“Jangan kerana hendak menutup aib, kita biar ahli keluarga kita diperlakuk­an begitu. Jadi kita cari juga mereka yang tidak melaporkan kes ini walaupun mereka tahu kes itu berlaku,” katanya.

 ??  ?? ROHANI mewarnakan logo Pusat Transit Remaja Kafe@TEEN di Pusat Kejiranan Presint 16, Putrajaya, semalam.
ROHANI mewarnakan logo Pusat Transit Remaja Kafe@TEEN di Pusat Kejiranan Presint 16, Putrajaya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia