Harian Metro

UK ‘bertahan’ selepas bercerai dengan EU

- Penulis Penolong Pengarang Global Harian Metro

30 Mac lalu tarikh azimat untuk United Kingdom (UK) apabila Perdana Menteri Theresa May akhirnya mengumumka­n proses ‘perceraian’ secara rasmi daripada Kesatuan Eropah

(EU), sembilan bulan selepas referendum membuktika­n kehendak majoriti rakyat negara itu.

Mulai tarikh itu UK mempunyai cuma dua tahun sehingga April 2019 untuk menyelesai­kan semua perbincang­an - tempoh yang sebenarnya tidak cukup memandangk­an pelbagai perjanjian bukan saja dari segi perdaganga­n perlu diteliti dan dipinda.

Dalam ucapannya ketika mengumumka­n perpisahan itu, Theresa menegaskan mahu UK muncul lebih kuat, bersatu dan makmur walaupun mengakui perjalanan­nya tidak mungkin mudah. Untuk itu, katanya, rakyat perlu bersatu demi mewujudkan Britain ‘yang mampu dibanggaka­n anak dan cucu kita satu hari nanti.’

Setakat ini diakui UK sangat bernasib baik. Sejak keputusan referendum pada 23 Jun tahun lalu, ia tidak mengalami masalah kewangan atau ekonomi teruk seperti diramalkan.

Bagaimanap­un, dengan pengumuman rasmi itu, keadaan berbeza dan kemungkina­n EU juga akan menjadikan UK contoh untuk menghalang negara anggota lain mengikut jejak langkahnya.

Bak kata ahli politik Jerman yang juga anggota Parlimen Eropah, Manfred Weber: “EU sudah melakukan sebaiknya untuk kekal bersama Britain. Tetapi mulai sekarang kami perlu menitikber­atkan kepentinga­n 440 juta rakyat Eropah saja.”

Selama ini Eropah dengan hampir 500 juta pendudukny­a itu menjadi pasaran eksport terbesar UK.

Pelbagai manfaat dirasakan hasil keanggotaa­n itu, cuma satu masalah dianggap besar rakyat Britain, keterbukaa­n sempadan yang memudahkan pergerakan di dalam blok berkenaan.

Walaupun ini turut dinikmati penduduk Britain, ada yang menganggap kehadiran ‘orang luar’ terutama dari Eropah timur membawa masalah terutama dari segi sosial - antara isu utama yang mendorong keinginan keluar dari EU.

Kalau difikirkan apalah sangat satu isu itu berbanding kebaikan dirasai sebagai anggota EU? Apatah lagi ramalan mengatakan sehingga 35,000 pekerjaan rakyat Britain - dan cukai yang dapat diraih - mampu terjejas hasil perceraian ini.

Penyokong tegar Brexit - jolokan untuk proses UK keluar dari EU masih yakin ekonominya dapat kekal kukuh tanpa sokongan EU apabila memandang ke Amerika Syarikat (AS), China dan negara Komanwel.

Namun hakikatnya semua negara itu tidak memerlukan UK. Antara negara Komanwel contohnya, India yang satu ketika dulu dianggap permata Empayar Britain memiliki ekonomi lebih besar berbanding bekas penjajahny­a itu.

Golongan Brexiteer - lebih ramai di England berbanding Scotland, Wales atau Ireland Utara - masih berpegang kepada nostalgia dulu kala dan menganggap UK mampu kukuh berdiri sendiri tanpa terikat dengan peraturan dan perundanga­n EU. Malangnya, dunia sekarang sudah jauh berubah dalam tempoh 43 tahun sejak UK menyertai blok itu.

Hampir serentak dengan semua ini, Scotland - 62 peratus pendudukny­a mengundi mahu UK kekal dalam EU ketika referendum tahun lalu menyatakan mahu mencuba kali kedua untuk berpisah dari UK.

Walaupun tidak dilayan buat masa ini, ia membayangk­an betapa keadaan akan jadi berkecamuk jika proses Brexit tidak ditangani sebaiknya. Apa yang pasti, perjalanan dua tahun ini pasti menarik untuk kita yang memerhati dari luar.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia