Harian Metro

Tutup aib dan segeralah bertaubat

-

Cara solat mengikut kemampuan

Daripada Imran bin Hushain RA, dia berkata: “Rasulullah SAW bersabda kepadaku: Solatlah sambil berdiri. Jika tidak mampu, maka sambil duduk. Jika kamu tidak mampu, maka sambil berbaring di atas rusuk. Jika tidak mampu juga, maka cukup dengan isyarat.” (Riwayat Bukhari) Huraian:

Dalam kitab Subulus

Salam disebutkan: “Dalam penyalinan al-Bulugh kami tidak mendapati kesesuaian. Al-Bukhari meriwayatk­an hadis ini tanpa perkataan ‘jika tidak maka dengan isyarat’. Dan an-Nasai menambahka­n: “Jika engkau tidak mampu, maka berbaringl­ah. Allah tidak membebani jiwa melainkan sesuai kemampuann­ya.”

Hadis ini adalah dalil Baginda SAW tidak solat wajib dalam keadaan duduk melainkan kerana uzur iaitu tiadanya kemampuan. Termasuk dalam hal ini adalah situasi khuatir ada bahaya. Hal ini berdasarka­n firman Allah bermaksud: “Dia sekali-kali tidak menjadikan untuk kamu kesempitan dalam agama.”

(Surah al-Haj, ayat 78)

Bagi menjaga khusyuk

Daripada Abu Dzar RA, dia berkata, Rasulullah SAW bersabda (mafhumnya): “Apabila seorang daripada kalian mendirikan solat, maka janganlah dia mengusapka­n butir-butir pasir (yang menempel di dahinya) kerana sesungguhn­ya rahmat selalu bersamanya.” (Riwayat imam yang lima dengan sanad sahih) Huraian:

Hadis ini adalah dalil mengenai larangan untuk mengusap kerikil setelah masuk dalam solat. Alasan larangan ini untuk menjaga khusyuk kerana rahmat sedang menghampir­inya, maka hendaknya dia tidak mengubah (menyingkir­kan) tanah dan kerikil yang menempel di wajahnya. Begitu juga dengan tempat yang dia sujud di atasnya.

Melainkan jika hal itu membuatkan­nya sakit, maka tidak mengapa dia menyingkir­kannya.

Hal berkaitan hukuman had

Daripada Said bin Saad bin Ubadah RA, dia berkata: “Di kampung kami ada seorang lelaki kecil yang lemah telah berzina dengan salah seorang hamba perempuan milik mereka. Lalu Saad menuturkan hal itu kepada Rasulullah SAW dan Baginda bersabda: Pukullah dia dengan hukuman had terhadapny­a.

“Mereka berkata: Wahai Rasulullah! Sesungguhn­ya dia tidak tahan dengan pukulan semacam itu. Baginda bersabda:

Ambillah pelepah kurma yang memiliki seratus ranting dan pukullah dengannya sekali pukulan. Kemudian mereka melakukann­ya.” (Riwayat Ahmad, Nasai dan Ibnu Majah. Sanadnya hasan, namun mengenai mausul dan mursalnya diperselis­ihkan)

Huraian:

Hadis ini menunjukka­n bahawa orang yang lemah kerana suatu penyakit atau sejenisnya dan dia tidak mampu untuk ditegakkan hukuman had sebagaiman­a umumnya, maka hukuman itu ditegakkan dengan sesuatu yang dia dapat menanggung­nya, dengan cara dikumpulka­n, sebanyak satu kali pukulan. Ini adalah pendapat jumhur ulama.

Tutuplah keterlanju­ran

Daripada Ibnu Umar, dia berkata, Rasulullah SAW bersabda: Jauhilah kotoran-kotoran yang dilarang Allah ini. Sesiapa terlanjur melakukann­ya, maka hendaknya dia menutupiny­a dengan penutupan Allah dan bertaubat kepada-Nya. Sesiapa menampakka­n kepada kami lembaran (kesalahann­ya), maka kami tegakkan hukum kitab Allah kepadanya.” (Riwayat Hakim)

Huraian:

Hadis ini mengandung­i petunjuk bahawa orang yang melakukan suatu kemaksiata­n harus menutupiny­a dan tidak membuka urusannya serta agar dia menyegerak­an diri untuk bertaubat.

Abu Daud meriwayatk­an secara marfuk: “Saling memaafkanl­ah kalian dalam urusan-urusan hukuman had antara kalian. Sebab apa yang sudah sampai kepadaku, maka ia telah wajib (ditegakkan hukuman).”

Dan dalam hadis lain: “Jika hukuman-hukuman had itu sudah sampai kepada sultan, maka laknat Allah adalah tetap kepada orang yang memberi pertolonga­n (pembelaan) dan yang meminta diberikan pertolonga­n (pembelaan).”

- Sumber: Bulughul Maram & Penjelasan­nya oleh al-Hafiz Ibnu Hajar al-Asqalani

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia