Harian Metro

Rawat tapir cedera

„ Pusat Konservasi Hidupan Liar Sungai Dusun jaga, rawat 62 mamalia hampir pupus sejak 2004

- Iskandar Shah Mohamed dan Siti Nor Amirah Abu Bakar am@hmetro.com.my

Malaysia sememangny­a unik kerana memiliki pelbagai jenis flora dan fauna yang jarang wujud di negara lain.

Ia antara kawasan taburan Tapir Malaya dan spesies itu boleh didapati di setiap hutan seluruh Semenanjun­g termasuk hutan paya hingga pergununga­n rendah kecuali di Borneo.

Biarpun semakin terancam, usaha menyelamat dan merawat mamalia itu masih diteruskan Jabatan Perlindung­an Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) dengan mewujudkan Pusat Konservasi Hidupan Liar Sungai Dusun.

Sehingga kini, pusat konservasi itu memiliki 62 tapir berusia dua hingga 10 tahun dan 12 daripadany­a masih kekal bagi tujuan rawatan dan pemulihan.

Ketua Pusat Konservasi Sungai Dusun, Alfie Syahril Anewar Ahmad berkata, kawasan itu dijadikan rizab untuk tujuan pemulihara­an haiwan berkenaan.

“Sejak pusat ini dijadikan rizab konservasi bagi tapir sekitar 2004 lalu, 62 tapir dijaga dan dirawat.

“Namun, sebahagian daripadany­a dilepaskan ke habitat asal dan kini tinggal 12 ekor yang perlu dirawat dan disimpan bagi tujuan pembiakan tapir,” katanya.

Menurutnya, hayat seekor tapir boleh mencecah sehingga 30 tahun dan tempoh tapir betina melahirkan seekor anak adalah 13 bulan.

“Sehingga kini, kami menyambut 12 kelahiran dan sekitar 2007, kami turut menerima kelahiran anak tapir kembar dalam kurungan,” katanya.

Sementara itu, Penolong Pengarah Kanan Ketua Unit Tapir PERHILITAN Muhamad Bokhari Fadzin berkata, tapir yang dibawa ke pusat konservasi itu diberikan rawatan untuk kecederaan yang dialami.

“Kebanyakan tapir harus diberi rawatan selepas kecederaan itu dikenal pasti dan dirawat sehingga sembuh.

“Haiwan itu kemudian diajar kembali ke habitat asal sebelum dilepaskan di hutan terpilih.

“Kebiasaann­ya, kami melepaskan­nya di kawasan Taman Negara Pahang kerana populasi tapir lebih selamat di situ,” katanya.

Kata Bokhari, Tapir Malaya merupakan spesies yang terlindung dan pihaknya sedang berusaha sebaik mungkin bagi memastikan spesies itu tidak pupus.

“Berdasarka­n Seksyen 68 Subseksyen (1) Akta Pemulihara­an Hidupan Liar 2010 (Akta 716), mana-mana orang yang memburu atau menyimpan hidupan liar yang dilindungi boleh dikenakan tindakan,” katanya.

 ?? FOTO: NUR SHAZREEN ZAMZURI ?? BOKHARI menunjukka­n rupa tapak kaki tapir.
FOTO: NUR SHAZREEN ZAMZURI BOKHARI menunjukka­n rupa tapak kaki tapir.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia