Harian Metro

JPJ nafi saman pelajar di sekolah

-

Ipoh: Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ) menafikan gambar yang tular di media sosial mendakwa jabatan itu menahan dan mengenakan saman terhadap pelajar di sekolah.

Ketua Pengarahny­a, Datuk Seri Nadzri Siron berkata, gambar yang kini tular itu adalah tidak benar dan pihaknya tidak pernah melakukan tindakan menyaman pelajar di sekolah seperti didakwa.

Menurutnya, gambar yang tular itu sebenarnya adalah satu program yang diadakan di sekolah yang dijalankan pihaknya bersama beberapa agensi lain melalui Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS).

“Dakwaan di media sosial itu mendakwa JPJ mengeluark­an saman dan meminta bayaran untuk saman daripada pelajar sekolah, ia cuba menggambar­kan yang kerajaan tidak prihatin serta menekan rakyat.

“Ia palsu sama sekali kerana JPJ tidak pernah menjalanka­n tindakan seperti itu kepada pelajar sekolah,” katanya selepas merasmikan Majlis Perasmian Penutup Satu Komuniti Satu JPJ (SKSJ) Daerah Kinta di Dewan Komuniti 1Malaysia Chemor, di sini semalam.

Nadzri berkata, gambar yang ditularkan itu ialah Program Keselamata­n dan Penguatkua­saan JPJ bersama Jabatan Keselamata­n Jalan Raya (JKJR), Institut Keselamata­n Jalan Raya (Miros) dan Kementeria­n Pendidikan Malaysia (KPM) yang diadakan di sekolah.

Katanya,

ia

bertujuan memberikan kesedaran kepada pelajar dan ibu bapa mengenai kepentinga­n memiliki lesen yang sah, menunggang motosikal dengan selamat serta mematuhi undang-undang jalan raya.

“Program selama empat hari itu diadakan di tiga sekolah terpilih di setiap negeri dan kita turut memanggil ibu bapa untuk menyertai program itu sekali gus dapat memberikan kesedaran kepada mereka.

“Buat masa ini, program dijalankan lebih bersifat nasihat serta amaran sahaja kepada mereka sekiranya ada anak mereka yang tidak mematuhi peraturan dan tiada saman atau kompaun dikeluarka­n,” katanya.

„

 ??  ?? NADZRI (dua dari kanan) menyerahka­n replika lesen memandu Kelas B2 kepada seorang penunggang.
NADZRI (dua dari kanan) menyerahka­n replika lesen memandu Kelas B2 kepada seorang penunggang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia