Harian Metro

2 pantang besar

- Balqis Jazimah Zahari am@hmetro.com.my

Langgar had laju, lampu merah dikena tindakan AWAS, KEJARA

Hanya dua daripada 23 kesalahan akan dikenakan tindakan mengikut Sistem Keselamata­n Kesedaran Automatik (AWAS) dan Sistem Pemberian Mata Demerit Kesalahan Jalan Raya (KEJARA) yang bermula, kelmarin.

Ketua Pengarah Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ) Datuk Seri Nadzri Siron berkata, dua kesalahan yang akan dikenakan tindakan mengikut sistem itu ialah memandu melebihi had laju dan melanggar lampu isyarat.

“Kesalahan dilakukan ini akan dirakam melalui kamera Sistem Penguatkua­saan Automatik (AES) dan bukan melalui saman yang dibuat oleh penguatkua­sa.

“Banyak kesalahan yang kita sudah bincang dalam kementeria­n iaitu 23 kesalahan namun kita melaksanak­an dua kesalahan terlebih dulu sebab masyarakat kita ini perlu dididik terlebih dahulu,” katanya selepas merasmikan Majlis Perasmian Penutup Satu Komuniti Satu JPJ Daerah Kinta di Dewan Komuniti 1Malaysia Chemor, semalam.

Nadzri berkata, empat mata demerit akan dikenakan kepada pemandu kenderaan persendiri­an, manakala enam mata dikenakan bagi pemandu kenderaan perdaganga­n jika memandu melebihi had laju.

Katanya, selepas mencapai 20 mata demerit, JPJ akan menggantun­g lesen pemandu berkenaan selama enam bulan dan selepas itu jika mata demerit mencecah 40, lesen berkenaan akan digantung selama lapan bulan dan seterusnya berdepan tindakan pembatalan lesen.

Menurutnya, pihaknya akan berusaha memastikan gabungan AWAS dan KEJARA dilaksanak­an sepenuhnya menjelang akhir tahun ini.

Bulan lalu, Timbalan Menteri Pengangkut­an, Datuk Ab Aziz Kaprawi berkata, melalui pelaksanaa­n gabungan AWAS dan KEJARA itu, pengguna jalan raya diharapkan akan lebih berhemat dalam pemanduan sekali gus mematuhi peraturan jalan raya yang ditetapkan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia