Harian Metro

Cukai pendapatan pemandu Uber wajar

-

Kuala Lumpur: Keputusan kerajaan untuk mengenakan cukai pendapatan individu ke atas pemandu Uber dan Grab disifatkan wajar kerana mereka menjadikan­nya sebagai aktiviti menambah pendapatan berbanding pemandu teksi yang menjadikan pekerjaan itu sumber rezeki tunggal.

Timbalan Pengerusi Persatuan Transforma­si Pemandu Teksi Malaysia (PERS1M) Kamarudin Mohd Hussain berkata, kebanyakan pemandu Uber dan Grab memiliki pekerjaan tetap serta menjana pendapatan sampingan mereka dengan memandu Uber dan Grab.

“Sedangkan keadaan ini amat berbeza jika dibandingk­an dengan pemandu teksi, mereka tidak memiliki sebarang pekerjaan tetap ataupun pekerjaan sampingan seperti pemandu Uber dan Grab.

“Mereka bergantung 100 peratus kepada pemanduan teksi, malah pendapatan­nya tidak sampai RM2,000 sebulan dan kini terpaksa pula berkongsi sumber pendapatan dengan pemandu Uber dan Grab,” katanya di sini, semalam.

Menurutnya, keputusan kerajaan untuk mengkaji serta mengenakan cukai pendapatan kepada pemandu Uber dan Grab adalah wajar kerana tidak mustahil dengan melakukan dua pekerjaan pendapatan mereka mampu melebihi RM3,000 sebulan.

“Sebelum ini kita dapat melihat syarikat aplikasi Uber dan Grab menguar-uarkan skim perkongsia­n sebagai peluang pendapatan sampingan yang lumayan.

“Malah saya mendapat tahu pemandu Uber dan Grab sering membuat pengakuan di laman sosial seperti Facebook dan aplikasi WhatsApp memaklumka­n pendapatan mereka mampu mencecah sehingga RM2,000 dalam masa seminggu,” katanya.

Justeru katanya, kenapa selepas Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) ingin mengenakan cukai pendapatan kepada pemandu Uber dan Grab, mereka tidak bersetuju.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia