Harian Metro

Tingkat pengurusan industri perikanan

-

Kangar: Pengurusan industri perikanan negara perlu sentiasa ditingkatk­an mengikut piawaian antarabang­sa supaya bukan saja dapat memenuhi permintaan bekalan ikan untuk pasaran tempatan, malah luar negara khasnya untuk dieksport ke negara jiran.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, walaupun Malaysia belum mengikut mana-mana piawaian antarabang­sa berkaitan pengurusan hasil perikanan, tidak mustahil semua pemain industri itu terpaksa mengikut satu standard, supaya bekalan produk perikanan yang dipasarkan diterima oleh mana-mana pihak pembeli sama ada dalam dan luar negara.

Beliau berkata, ketika ini timbul kesedaran dalam kalangan pembeli mahukan produk perikanan yang dijual terlebih dulu memenuhi piawaian terutama hal kebersihan dan aspek terbabit sangat dipentingk­an berbanding kualiti dan harga yang rendah.

“Tidak mustahil suatu ketika nanti pembeli hanya berminat untuk mendapatka­n bekalan produk hasil laut yang hanya diuruskan mengikut suatu piawaian, contohnya piawaian Eropah kerana mereka tidak lagi mementingk­an soal harga murah tetapi lebih kepada aspek kebersihan dan juga risiko pencemaran sesuatu produk.

“Dalam urusan pembekalan air batu untuk tujuan penyimpana­n ikan misalnya, harus mempunyai standard kebersihan dan kesihatan yang tinggi supaya dapat mengurangk­an risiko penguranga­n kualiti dan ancaman keracunan bagi bekalan ikan yang disimpan,” katanya selepas merasmikan Kilang Air Batu Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Kuala Perlis di sini, semalam.

Hadir sama Pengerusi Jawatankua­sa Pertanian dan Industri Asas Tani negeri, Ahmad Bakri Datuk Ali.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia