Harian Metro

Teroka pasaran China

- Kalidevi Mogan Kumarappa kalidevi@hmetro.com.my

„ DPMM Selangor susun strategi tembusi global

Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) Selangor menyusun strategi dan merancang meneroka lebih banyak pasaran global baru termasuk ke China pada tahun ini.

Strategi baru itu diatur Datuk Seri Dr Rusli Zaman yang dilantik sebagai Ahli Majlis Penasihat Yang Dipertua (YDP) DPMM Selangor yang baru pada Jumaat lalu.

Dr Rusli berkata, langkah pertama yang akan diambilnya sebaik menerima pelantikan itu adalah menandatan­gani kontrak bersama sebuah syarikat dari China iaitu CDIG untuk mengekspor­t 2,000 tan metrik minyak kelapa dara ke negara itu setiap bulan.

“Kontrak itu akan ditandatan­gani dalam masa terdekat antara DPMM Selangor bersama wakil syarikat itu.

“Ini adalah bentuk perubahan yang akan membawa DPMM Selangor ke peringkat antarabang­sa selain menjadi contoh kepada DPMM negeri lain,” katanya kepada Harian Metro selepas majlis pelantikan yang diadakan di Hotel Majestic, di sini, Jumaat lalu.

Hadir sama, Yang Dipertua DPMM Selangor Mohd Fadzli Mustafa.

Beliau berkata, DPMM Selangor yang mempunyai lima entiti termasuk Dewan Perniagaan Cina, Dewan Perniagaan India dan Antarabang­sa akan membolehka­n mereka bekerjasam­a dan meningkatk­an daya juang semua ahli DPMM negeri itu.

“Apabila saya dilantik menjadi Ahli Majlis YDP DPMM Selangor, pertama sekali ia adalah satu tanggungja­wab yang besar dan bukan perkara biasa untuk memastikan semua 3,000 ahli diberi peluang perniagaan yang sama rata, selain membantu mereka menjadi ahli perniagaan yang berjaya. “Mereka perlu terus diberi semangat untuk berniaga dan berjaya seperti ikon ahli perniagaan di negara ini, Tan Sri Anandha Krishnan, Tan Sri Tony Fernandez, Tan Sri FD Mansor, Tan Sri Syed Mokhtar Shah Al-Bukhary. Dengan menjadi ahli perniagaan yang berjaya, mereka akan mampu memberi peluang kepada individu lain yang kurang bernasib baik,” katanya. Beliau yang juga Penasihat Strategi Gerakan Media Kementeria­n Kewangan Malaysia (MoF) akan membabitka­n semua ahli DPMM Selangor untuk bekerjasam­a membantu kerajaan dalam ekonomi negara.

“Ini memberi manfaat kepada ahli perniagaan dalam dewan ini. Selain itu, 200 ahli DPMM Selangor yang terpilih dibawa ke China untuk menyaksika­n perniagaan yang berjaya di negara itu,” katanya.

 ??  ?? DR Rusli (tiga dari kiri) menerima surat pelantikan Ahli Majlis Penasihat YDP DPMM Selangor daripada Mohd Fadzli.
DR Rusli (tiga dari kiri) menerima surat pelantikan Ahli Majlis Penasihat YDP DPMM Selangor daripada Mohd Fadzli.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia