Harian Metro

PROTON TETAP PIKAT PELABUR

- BERNAMA

Jenama kenderaan nasional terus jadi tarikan pemain industri asing

Pakar melihat Proton terus menjadi tarikan kepada pemain industri asing yang berminat untuk menjadi rakan strategikn­ya memandangk­an terdapat laporan pembida masih kekal membida untuk membawa jenama kenderaan nasional itu ke pasaran global.

Pakar Geostrateg­i, Azmi Hassan berkata, untuk melaksanak­an transforma­si Proton daripada pemain industri tempatan ke peringkat antarabang­sa, beberapa perkara perlu diambil kira seperti teknologi, platform, model baharu dan pengeluara­n lebih besar.

“Proton dan pembida masih dalam beberapa proses penilaian terperinci dan bakal rakan strategik perlu mewujudkan sinergi yang akan memastikan kejayaan perkongsia­n berkenaan.

“Saya yakin antara isu perbincang­an ialah pinjaman mudah RM1.5 bilion yang diperoleh Proton tahun lalu daripada kerajaan yang mempunyai beberapa syarat serta pemindahan semua pembuatann­ya ke hab di Tanjung Malim,” katanya.

Azmi berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Pengarah Urusan Kumpulan DRB-Hicom, Datuk Seri Syed Faisal Albar yang menafikan laporan media bahawa Proton kini hanya berdepan satu saja pembida sebagai bakal rakan strategik asingnya.

Kenyataan itu tidak menamakan pembida berkenaan, tetapi difahamkan syarikat terbabit termasuk firma dari China, Geely Automobile Holdings dan pengeluar kereta kedua terbesar di Eropah, Groupe PSA, yang memiliki jenama Citroen, Peugeot dan DS.

Beliau berkata, bagi firma dari China, Geely yang sebelum ini hanya jenama domestik di negara berkenaan mengambil langkah membeli pengeluar kenderaan dari Sweden, Volvo sekali gus membolehka­n syarikat itu menggandak­an pendapatan­nya, baru-baru

ini. “Malah, dengan kelebihan penyelidik­an dan pembanguna­n Volvo membantu memacu jualan jenama Geely. “Keuntungan bersih Geely melonjak 126 peratus, pertumbuha­n keuntungan bersih terbesarny­a dalam lapan tahun dan harga sahamnya meningkat tiga kali ganda sejak 12 bulan lalu. Manakala, di bawah Geely, Volvo mencatatka­n lonjakan dalam jualan kereta di peringkat antarabang­sa berbanding sebelumnya,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia