Harian Metro

Pendahulu pasaran

- Lizam Ridzuan lizamridzu­an@hmetro.com.my

Petronas tumpu kembang segmen minyak enjin motosikal

Petroliam Berhad melalui anak syarikatny­a, Petronas Lubricant Internatio­nal Sdn Bhd (PLI), menyasarka­n menjadi pendahulu pasaran di Malaysia untuk jenama minyak enjin kenderaan selepas pelancaran global Petronas Sprinta.

Ketua Rantau Asia Pasifik PLI Mohd Khalid Mohamed Latiff berkata, PLI menguasai sehingga 23 peratus perkongsia­n pasaran di negara ini dan kini menumpukan kepada perkembang­an segmen minyak enjin motosikal.

“Program bersama pengedar antara langkah yang dilakukan Petronas dalam memastikan rantaian pengedaran lebih efektif di negara ini serta perkongsia­n maklumat pasaran mampu menjadikan ia lebih banyak dijual dengan menawarkan minyak enjin berkualiti bertaraf dunia kepada pengguna di Malaysia,” katanya ketika pelancaran di sini.

Sprinta UltraFlex ini dihasilkan dengan teknologi formulasi unik dibangunka­n di PLI membantu mengurangk­an kesan geseran pada enjin serta memberi kelancaran berterusan sesuai untuk pengguna di Malaysia yang sering menjadikan motosikal sebagai kenderaan kegunaan harian.

Melalui formulasi ini juga ia mampu mengurangk­an enapan sehingga 55 peratus serta perlindung­an melebihi 41 peratus terhadap enjin melalui ujian yang dilakukan mengikut pematuhan standard industri global.

Tiga produk utama rantau di rantau Asia iaitu Petronas Sprinta F300 (20W-40), F700 (15W-50) dan F900 (10W-40) terdiri daripada rumusan mineral, semi sintetik dan sintetik penuh, sesuai untuk semua motosikal empat lejang dan mampu mengurangk­an bunyi bising serta rasa bebanan pada enjin.

“Asia adalah pasaran penting untuk Sprinta kerana 80 peratus daripada pengguna motosikal di dunia adalah dari benua ini, selain peningkata­n jualan sebanyak lapan peratus setiap tahun yang juga peluang untuk kami menawarkan produk terbaik kepada pengguna,” tambahnya lagi.

Mohd Khalid berkata, PLI juga akan membina kilang pengeluara­n di India serta pusat kajian dan pembanguna­n (R&D) khusus untuk minyak enjin motosikal dengan pelaburan keseluruha­n sebanyak AS$150 juta (RM664 juta) dan bakal siap pada 2018.

Selain India, produk ini akan memasuki pasaran Malaysia pada suku keduatahun ini serta Thailand dan Vietnam pada hujung 2017, manakala pasaran Indonesia pada 2018.

Turut hadir ketika pelancaran Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed yang hadir atas lawatan kerja di India.

 ??  ?? DARI kiri, Ketua Pelaksanaa­n Projek dan Teknologi Kumpulan PLI, Eric Holthusen, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Operasi Kumpulan PLI, Giuseppe D’Arrigo, Mustapa, Ketua Pegawai Komersial Kumpulan PLI, Giuseppe Pedretti dan Khalid pada pelancaran...
DARI kiri, Ketua Pelaksanaa­n Projek dan Teknologi Kumpulan PLI, Eric Holthusen, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Operasi Kumpulan PLI, Giuseppe D’Arrigo, Mustapa, Ketua Pegawai Komersial Kumpulan PLI, Giuseppe Pedretti dan Khalid pada pelancaran...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia