Harian Metro

MILE 2017 peluang usahawan teroka pasaran eksport

-

Kuala Lumpur: Pameran Gaya Hidup Islamik Antarabang­sa Malaysia (MILE) 2017, dijangka mencapai sehingga 30,000 kunjungan daripada pelawat tempatan dan antarabang­sa pada acara yang diadakan empat hari dari 5 hingga 8 April di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

Ketua Pegawai Eksekutif Espifokus Sdn Bhd Ahmad Khairo Othman berkata, selaku penganjur MILE 2017, ini adalah penganjura­n pertama acara berkenaan dan pihaknya meletakkan sasaran sederhana khususnya dari aspek jumlah pengunjung.

“Kami mendapat penyertaan daripada 136 syarikat untuk memenuhi 100 ruang pameran. Ia tidak hanya terhad kepada segmen fesyen semata-mata, malah merangkumi semua aspek gaya hidup Islam,” katanya selepas sesi bersama media, di sini.

Selain segmen fesyen, MILE 2017 juga menawarkan produk barang kemas dan aksesori, hospitalit­i dan pelanconga­n, seni dan dekorasi; multimedia dan teknologi pendidikan, hiburan dan pembanguna­n komuniti.

Ia dijangka disertai peserta antarabang­sa dari Thailand, Indonesia, Arab Saudi dan Turki yang menawarkan pelbagai produk bagi memenuhi gaya hidup masyarakat Islam.

Menurutnya, platform MILE 2017 berperanan sebagai permulaan bagi usahawan tempatan untuk meneroka pasaran eksport memandangk­an terdapat peserta perniagaan dari luar negara yang turut hadir.

“MILE 2017 diadakan secara serentak dengan Pameran Halal Antarabang­sa Malaysia (Mihas) ke-14 di lokasi sama dan ia membuka peluang usahawan tempatan untuk mengetenga­hkan produk mereka bagi menarik perhatian peserta ini.

“Untuk tempoh jangka masa panjang, kami berharap ada dalam kalangan peserta MILE 2017 dapat mengekspor­t produk mereka di pasaran luar dengan potensi pelanggan yang lebih tinggi,” katanya.

Malah, menurutnya, kebanyakan peserta tempatan disertai usahawan yang menjalanka­n perniagaan secara dalam talian dan mula meneroka peluang perniagaan konvension­al dengan menyertai MILE 2017.

“Kebanyakan peserta pameran tempatan menawarkan produk fesyen memandangk­an Malaysia agak terkenal dengan produk fesyen yang inovatif dan praktikal.

“Namun, terdapat juga produk lain yang ditawarkan khususnya dalam segmen pelanconga­n dengan pelbagai pakej percutian menarik ditawarkan,” katanya.

 ??  ?? AHMAD Khairo pada sesi bersama media.
AHMAD Khairo pada sesi bersama media.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia