Harian Metro

Bas ada, minyak tiada

- Nurul Huda Kosnon

Pengasas Sani Express kongsi pahit getir ceburi bidang perniagaan

Enam bas sudah ada, namun masih tidak boleh beroperasi kerana tidak mampu membeli minyak antara cabaran dihadapi Pengasas Sani Express Sdn Bhd dan Kumpulan Sani United Berhad, Datuk Wan Mohammad Sani Salleh ketika memulakan perniagaan­nya pada 2006.

Keadaan itu menyebabka­n beliau bersama adiknya bertungkus-lumus menjual tiket lebih awal kepada orang ramai di Terengganu dan ibu negara serta terpaksa menunggu hasil jualan tiket itu bagi membeli minyak.

Menurut Wan Mohammad Sani, keadaan yang sama juga dihadapiny­a untuk perniagaan perhotelan yang mengambil masa hampir dua tahun untuk beroperasi.

“Saya menjangka ia dapat dibuka dalam tempoh setahun, namun disebabkan pelbagai masalah termasuk tuntutan pelbagai pihak dan ubah suai bangunan, ia tidak boleh dibuka dalam tempoh ditetapkan.

“Bangunan Sani Hotel adalah bangunan lama yang berusia lebih 30 tahun. Ia perlu diubah suai dengan sebaiknya untuk keselesaan pelanggan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjadi jemputan berkongsi pengalaman perniagaan­nya pada majlis anjuran SME Bank dengan pelanggan, SME Bank XCESS 2017.

Menurutnya, beliau juga berdepan masalah pemasaran namun dengan berkat kesabaran dan strategi perniagaan efektif, termasuk mengiklank­an hotel di bas, masalah berkenaan dapat diselesaik­an.

“Alhamdulil­lah, dalam masa enam bulan hotel saya menerima sambutan menggalakk­an daripada orang ramai,” katanya.

Menurutnya, perlu ada sikap berani menghadapi cabaran, bertanggun­gjawab dan sentiasa bersiap sedia.

“Saya sendiri tidak pernah terlintas untuk berada di tahap sekarang biarpun mempunyai impian menjadi ahli perniagaan sejak remaja lagi,” katanya.

Mengimbas sejarah perniagaan­nya, Mohammad Sani berkata, hasrat untuk menyediaka­n perkhidma-

tan bas timbul selepas kerap berulang-alik dari Kuala Lumpur ke Terengganu lebih 20 tahun lalu.

“Saya memulakan perniagaan berdasarka­n naluri di samping pengalaman menaiki bas, mendorong memilih perniagaan ini.

“Berdasarka­n peluang yang ada, saya mula membuat kajian, menganalis­is dan menyusun strategi bersama beberapa orang rakan perniagaan,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia