Harian Metro

RM1.6 juta dirampas daripada polis

-

Jakarta: Bahagian hal ehwal dalaman Polis Indonesia merampas wang berjumlah Rp4.78 bilion (RM1.6 juta) daripada lapan pegawai polis Sumatera Selatan yang disyaki menerima rasuah ketika proses pengambila­n anggota baru pasukan keselamata­n itu pada 2015.

“Kami merampas wang berkenaan dari beberapa akaun bank,” kata jurucakap polis kebangsaan, Brigadier Jeneral Rikwanto, dipetik oleh kompas.com, di Jakarta, kelmarin.

Daripada jumlah itu, Rp2.38 bilion (RM791,000) dirampas daripada ketua bahagian perubatan dan kesihatan polis Sumatera Selatan yang hanya dikenali sebagai Adjutan Komander Kanan S, sementara Rp1.73 bilion (RM575,000) lagi dirampas daripada ketua bahagian psikologi yang dikenali sebagai Adjutan Komander Kanan EK.

Bakinya dirampas daripada enam pegawai yang turut terbabit dalam proses pengambila­n rekrut.

Rikwanto berkata, pihaknya belum memastikan jumlah yang disogok pemohon.

“Kami masih meneliti maklumat mengenainy­a,” katanya.

Turut dirampas dalam siasatan berkenaan ialah beberapa telefon bimbit, buku akaun bank, geran tanah, dokumen kenderaan dan data dalam komputer untuk dijadikan bukti pendakwaan.

Kelapan-lapan anggota terbabit ditahan di Jakarta untuk disoal siasat. Antara cara memeras yang digunakan suspek, termasuk janji untuk membantu pemohon lulus dalam pemeriksaa­n pengambila­n rekrut.

Rikwanto berkata, suspek, jika didapati bersalah, berkemungk­inan akan diturunkan pangkat.

“Mereka juga akan kehilangan hak untuk kenaikan pangkat atau dipecat,” katanya. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia