Harian Metro

BUATMU SAHABAT

- Ferzalfie Fauzi ferzalfie@hmetro.com.my

„ Chong Wei mahu hadiahkan gelaran Terbuka Malaysia kepada rakan karib yang kematian bapa Semasa saya masih remaja, Kiam Bun ketika itu mewakili Selangor dan ibu bapanya sering membawa saya ke rumah mereka setiap hujung minggu di Sekinchan. Saya tidak mempunyai ahli keluarga di Lembah Klang ketika itu dan mereka menganggap saya juga sebahagian daripada keluarga mereka”

Lee Chong Wei

Atas ikatan persahabat­an utuh dan jasa yang tidak ternilai, jaguh perseorang­an lelaki negara Datuk Lee Chong Wei berazam untuk menghadiah­kan gelaran juara Terbuka Malaysia bermula esok kepada rakan baiknya, Yap Kiam Bun.

Kiam Bun yang juga bekas atlet gimnastik negara masih dalam keadaan bersedih selepas bapanya Yap Ming Poo meninggal dunia kerana kanser Rabu lalu.

Menurut Chong Wei, mendiang Ming Poo boleh diibaratka­n sebagai bapanya sendiri yang banyak membantuny­a ketika remaja (memulakan karier) ketika dia terpaksa berjauhan dengan keluarga di Pulau Pinang.

“Saya seakan hilang kata-kata apabila mendapat berita ini dan tidak tahu bagaimana untuk menceritak­an perasaan saya ketika itu,” katanya.

Jelasnya, bapa Kiam Bun menderita penyakit kanser tetapi kematianny­a itu sangat mengejutka­n dan mengakui apa yang dirasai oleh sahabat baiknya sepanjang minggu ini.

“Saya tahu apa yang dirasai Kiam Bun sekarang dan sebelum ini di Seluruh England juga saya mendapat berita sedih daripadany­a apabila bapa mentuanya meninggal dunia.

“Semasa saya masih remaja, Kiam Bun ketika itu mewakili Selangor dan ibu bapanya sering membawa saya ke rumah mereka setiap hujung minggu di Sekinchan. Saya tidak mempunyai ahli keluarga di Lembah Klang ketika itu dan mereka menganggap saya juga sebahagian daripada keluarga mereka,” kata Chong Wei.

Pemain nombor satu dunia itu berkata, dia berasa sedih kerana tidak dapat memberi penghormat­an terakhir kerana berada di Kuching untuk mengharung­i saingan Terbuka Malaysia dan berharap mampu muncul juara untuk dihadiahka­n kepada mendiang bapa rakan baiknya itu.

Chong Wei akan memulakan aksi di Stadium Perpaduan, Petra Jaya berdepan Rajiv Ouseph dari England, Rabu ini dan dia dijangka menentang Hu Yun dari Hong Kong pada pusingan kedua.

Jika semua berjalan lancar, pemain berusia 35 tahun itu mungkin berdepan pemenang pingat emas Sukan Olimpik Rio 2016, Chen Long pada separuh akhir.

 ??  ?? CHONG Wei (tengah) bersama mendiang Ming Poo (kiri).
CHONG Wei (tengah) bersama mendiang Ming Poo (kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia