Harian Metro

Eei Hui kekal positif kemampuan anak buah

-

Kuching: Jurulatih beregu campuran negara Chin Eei Hui tetap positif dengan pencapaian Chan Peng Soon-Goh Liu Ying walaupun mereka terpaksa menarik diri sebelum turun ke gelanggang bertemu Zheng Siwei-Chen Qingchen dari China pada separuh akhir Terbuka India kelmarin.

Menurutnya, secara keseluruha­n beliau berpuas hati dengan prestasi yang dipamerkan naib juara Seluruh England itu kerana setidak-tidaknya berjaya mencapai sasaran mara ke separuh akhir walaupun tidak beraksi kerana Liu Ying demam.

“Mereka sudah mencapai sasaran di India dan sekarang fokus adalah Terbuka Malaysia. Cabaran paling sukar buat mereka di Kuching adalah berdepan pilihan utama (Siwei-Qingchen). Jadi saya harap mereka mampu beraksi dengan penuh yakin dan memenangi perlawanan ini,” katanya.

Jelasnya, Peng Soon-Liu Ying tetap mempunyai tugas sukar pada pusingan pertama dan kedua apabila mereka berdepan Edi Subak- tiar-Gloria Emanuelle Widjaja (Indonesia) dan Kim Gi Jung-Shin Seung Chan (Korea Selatan).

“Sebelum ke suku akhir, lawan yang bakal mereka tempuhi juga bukan mudah untuk dikalahkan. Jadi saya mahu mereka sentiasa fokus dari pusingan pertama dan seterusnya,” kata bekas pemain beregu wanita negara itu.

Sementara itu, Eei Hui turut memberi tumpuan kepada dua lagi pasangan beregu campuran negara Tan Kian Meng-Lai Pei Jing dan Goh Soon Huat-Shevon Lai yang akan turun beraksi di Terbuka Malaysia.

“Kedua-dua pasangan ini akan berdepan lawan yang sukar sejak pusingan pertama lagi dan saya mahu mereka belajar bagaimana untuk mengawal tekanan beraksi di gelanggang sendiri.

“Peng Soon-Liu Ying sudah masak mengenai perkara ini dan saya rasa ia bukan masalah besar buat mereka (tekanan beraksi di tempat sendiri). Mereka hanya perlu mempersiap­kan diri dari segi mental saja,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia