Harian Metro

Azlan kembali temui rentak

-

Pelumba Malaysia, Azlan Shah Kamaruzama­n kembali menemui rentak podium selepas muncul naib juara Perlumbaan 2 kategori SuperSport­s 600cc pada pusingan pembukaan Kejuaraan Motosikal Asia FIM (ARRC) di Litar Johor, Pasir Gudang, semalam.

Selepas sekadar di tangga keempat sewaktu Perlumbaan 1 kelmarin, pelumba Manual Tech KYT Kawasaki Racing itu menebus kekecewaan untuk kembali menjejak podium di tangga kedua dengan masa keseluruha­n 24:56.876s di belakang pemenang berusia 18 tahun, Taiga Hada (Rama Honda by NTS T.Pro Ten 10) yang menamatkan 16 pusingan perlumbaan dengan masa keseluruha­n 24:51.787s.

Tempat ketiga milik Irfan Ardiansyah dari Astra Honda Racing Team dengan masa 25:04.928s.

“Perlumbaan tadi agak sukar dan Taiga terlalu pantas,” akur Azlan yang juga juara keseluruha­n SuperSport­s 600cc 2013 dan pemenang tempat ketiga keseluruha­n musim 2016.

“Pada peringkat awal saya cuba untuk mengejar, namun masuk ke pertengaha­n perlumbaan, tayar semakin

„ Tebus kecewa selepas muncul naib juara di Pasir Gudang

haus dan sukar untuk mengawal jentera ketika di selekoh. Saya memilih jalan selamat memandangk­an Taiga agak jauh di hadapan dan terpaksa berpuas hati di tempat kedua.”

Saingan 16 pusingan perlumbaan itu menyaksika­n beberapa insiden kemalangan membabitka­n pelumba di kelompok hadapan termasuk Mohd Zaqhwan Zaidi yang juga juara Perlumbaan 1 apabila terjatuh seawal pusingan kedua bersama Chalermpol Polamai (Yamaha Thailand Racing) sekali gus menyebabka­n juara bertahan itu turun ke tangga ketiga keseluruha­n dengan 25 mata. Yuki Ito (Yamaha Racing) dan Decha Kraisart turut terbabas ketika sedang bersaing.

“Saya agak kecewa kerana kehilangan mata yang banyak dalam perlumbaan ini disebabkan kesilapan sendiri. Saya akan menebus kesilapan dan bangkit mengejar podium pada perlumbaan akan datang di Buriram, Thailand, dua minggu lagi,” jelas Zaqhwan.

Selepas dua perlumbaan, Hada kini mendahului kedudukan keseluruha­n dengan 45 mata manakala Azlan naik ke tangga kedua keseluruha­n dengan 33 mata.

Sementara itu, dalam saingan Asia Production 250cc, Gerry Salim dari Astra Honda Racing meneruskan aksi cemerlang untuk meraih kemenangan berganda sekali gus menguasai kedudukan keseluruha­n pelumba dengan mengumpul 50 mata.

 ??  ?? AZLAN (kanan) duduki tempat kedua di belakang Taiga.
AZLAN (kanan) duduki tempat kedua di belakang Taiga.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia