Harian Metro

Johanna cipta sejarah tersendiri Kang Sung ambil kesempatan

- AFP

„ Muncul pemain pertama wanita Britain menang gelaran besar dalam masa 40 tahun

Johanna Konta menewaskan Caroline Wozniacki 6-4, 6-3 untuk menjuarai Terbuka Miami semalam yang juga gelaran terbesar dijulang pemain wanita Britain dalam tempoh 40 tahun.

Menerusi kemenangan itu, Johanna yang tidak pernah menjuarai kejohanan utama WTA akan naik ke tangga ketujuh ranking dunia.

Pemain berusia 25 tahun kelahiran Sydney itu yang menewaskan Venus Williams pada separuh akhir, bermula cemerlang pada permainan pertama sebelum Caroline pantas menyamakan kedudukan apabila terikat 2-2.

Johanna yang beraksi penuh

(gambar)

keyakinan mencatat kemenangan terbesar sepanjang kariernya dan ia pencapaian terbaik pemain wanita Britain sejak Virginia Wade menjuarai Wimbledon pada 1977.

Tiada pemain wanita Britain pernah menjuarai kejohanan mandatori perdana sejak kejohanan elit itu diperkenal­kan pada 2009 dan kali kedua Johanna layak menyertai kejohanan di Miami.

Pemain Britain itu mengakui permulaan pantas membantuny­a dalam final kedua kejohanan mandatori perdana selepas tewas kepada Agnieszka Radwanska di Beijing pada 2016.

“Melangkah ke perlawanan berdepan seorang atlet seperti Caroline yang mampu bertahan lama seperti yang dia ingini, maka penting untuk saya mempamerka­n aksi seperti yang diingini, memberikan peluang terbaik melakukan apa yang saya inginkan secara taktikal,” kata Johanna.

Johanna mengakui tidak banyak ruang untuknya ketika berdepan pemain Denmark itu yang pernah ditumpaska­nnya pada Terbuka Australia Januari lalu.

“Hingga ke akhir perlawanan, saya tidak memiliki banyak ruang. Saya cuba untuk tidak membazir masa, bertahan selama mungkin dan menikmati pertarunga­n ini. Malah saya terfikir untuk mendapatka­n lebih banyak mata ketika perlawanan berakhir.”

Ia final ketiga Caroline tahun ini dan juga kekalahan final ketiganya selepas Dubai dan Doha. Los Angeles: Pemain Korea Selatan, Kang Sung mencatat 71 pukulan pada pusingan ketiga namun sudah memadai untuk mendahului tiga pukulan semalam apabila pemain Amerika Syarikat Rickie Fowler melakukan kesilapan pada saat akhir pada kejohanan Terbuka Houston.

Kang, 29, yang memburu gelaran Jelajah PGA AS pertamanya yang akan memberikan tiket terakhir untuk kejohanan Masters minggu depan gagal menyamai 63 pukulan yang dilakukann­ya kelmarin.

Namun satu bawah par untuk mengumpul 17 bawah par 199 keseluruha­n masih memberikan­nya kedudukan selesa menjelang pusingan terakhir.

Kang yang mencatat empat birdie dan tiga bogey pada pusingan itu berjaya mengekang tekanan diberikan Fowler yang mencatat lapan birdie pada 14 lubang pertama untuk berkongsi kedudukan pendahulu sebelum mencatat bogey pada lubang ke-17 dan double bogey di lubang terakhir.

Fowler terpaksa berpuas hati dengan 67 pukulan dan mengumpul 202 keseluruha­n, satu pukulan mendahului rakan senegara Russell Henley, yang membuat 69 pukulan.

Kang menyedari ada sesuatu yang berlaku terhadap kumpulan sebelumnya.

“Pada lubang ke 15 atau 16, saya melihat pada papan markah dan Rickie mencatat lapan bawah par hari itu. Ia benar-benar menakjubka­n. Malangnya, pukulan puttnya tidak menjadi pada lubang terakhir.” - AFP

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia