Harian Metro

Balas kepercayaa­n

- Aizat Sharif sukan@hmetro.com.my

„ Fitri ‘hadiah’ dua gol buat Cheng Hoe

Tonggak pertahanan Kedah, Fitri Omar menyifatka­n dua gol sumbangann­ya pada suku akhir pertama Piala FA di Stadium Darul Aman, malam kelmarin sebagai membalas kepercayaa­n ketua jurulatih Tan Cheng Hoe.

Pemain berusia 31 tahun itu berkata, perpindaha­n saat akhir ke Kedah dari Pulau Pinang menggantik­an Azmeer Yusof, yang berhijrah ke Kuala Lumpur adalah sesuatu yang tidak harus dipersia-siakan olehnya.

“Saya bersyukur kerana selepas sekian lama tidak menjaringk­an gol akhirnya dapat membantu kemenangan pasukan dengan menjaringk­an dua gol menewaskan PKNP FC.

“Ini juga sebagai membalas kepercayaa­n jurulatih (Cheng Hoe) yang menyenarai­kan saya dalam kesebelasa­n utama, malah tawaran menyertai Kedah yang diberikan beliau sesuatu yang sangat saya hargai kerana berasakan Kedah pasukan terbaik bagi saya.

“Andainya saya terus berada di Pulau Pinang, persembaha­n saya akan terus tenggelam berdasarka­n prestasi semasa pasukan itu,” katanya.

Fitri menjaringk­an dua gol hasil sepakan percuma di tempat sama iaitu di sebelah kanan padang pada minit ke-14 dan 29 sekali gus menyemarak­kan semangat menyerang Kedah hingga membelasah PKNP 6-1.

“Saya anggap ia rezeki kerana tumpuan saya ketika itu bukanlah untuk menjaringk­an gol tapi lebih kepada mengumpan bola kepada rakan sepasukan dalam kotak penalti.

“Malah ketika bermain untuk pasukan terdahulu juga saya banyak disuruh mengambil sepakan percuma dari bahagian kanan padang, namun dalam pasukan Kedah, kami ada ramai pakar sepakan percuma seperti Liri (Liridon Krasniqi) dan Badd (Baddrol Bakhtiar).

“Jika mereka memberikan kepercayaa­n kepada saya untuk ambil sepakan itu, saya akan pikul tugas itu dengan sebaik mungkin,” katanya.

 ?? FOTO: ?? PEMAIN import Kedah Ken Ilso Larsen (tengah) cuba melepasi dua pertahanan PKNP di Stadium Darul Aman.
FOTO: PEMAIN import Kedah Ken Ilso Larsen (tengah) cuba melepasi dua pertahanan PKNP di Stadium Darul Aman.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia