Harian Metro

Penyu tekad ubah nasib

- Malik Muhamad sukan@hmetro.com.my

Kuala Terengganu: Selepas gagal mencalar ego Sarawak pada suku akhir pertama Piala FA malam kelmarin, Terengganu tidak ada pilihan kecuali perlu bekerja lebih keras pada perlawanan timbal balik, 21 April ini di Stadium Negeri, Kuching dalam misi melangkah ke separuh akhir.

Hal itu diakui ketua jurulatihn­ya Irfan Bakti Abu Salim yang mengakui sedikit kecewa dengan aksi pemainnya yang menyaksika­n anak buahnya gagal memanfaatk­an beberapa peluang terhidang.

“Pada babak pertama saya berpuas hati dengan corak yang dipamerkan pemain, namun tidak pada babak kedua, saya kurang berpuas hati dengan persembaha­n mereka yang banyak membazirka­n peluang untuk menambah jaringan.

“Sepatutnya peluang sebegini harus dimanfaatk­an sebaik mungkin apatah lagi beraksi di laman sendiri, namun inilah keputusan pada malam ini (kelmarin) yang kami terpaksa akur biarpun banyak peluang terlepas,” kata ketua jurulatih yang meraikan hari jadi ke-66, kelmarin.

Pada aksi malam kelmarin, skuad Peteh Terengganu Peteh gagal mengutip kelebihan selesa apabila sekadar seri 1-1 dengan Sarawak dalam perlawanan yang disaksikan lebih 8,000 peminat di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah.

Peteh terlebih dulu di depan hasil tandukan cantik penyerang kelahiran Argentina, Federico Falcone pada minit ke-20 hasil hantaran silang Ferris Danial Nasir sebelum pemain skuad Bujang Senang, Lee Jong Ho menyamakan kedudukan pada mini ke-52 berikutan kealpaan benteng tuan rumah.

Mengulas lanjut Irfan berkata, walaupun gagal mencatat bekalan selesa di laman sendiri kerana pemain hilang fokus, beliau mengakui masih ada 90 minit lagi di Stadium Negeri untuk membuat perhitunga­n ke separuh akhir.

 ?? FOTO: ?? FERRIS DANIAL (kiri) diasak pemain Sarawak Dzulazkan Ibrahim di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu.
FOTO: FERRIS DANIAL (kiri) diasak pemain Sarawak Dzulazkan Ibrahim di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia