Harian Metro

‘Kilang’ pengeluar pemain muda

-

Kuala Lumpur: Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) bersedia untuk terus menjadi ‘kilang’ mengeluark­an pemain muda berbakat meskipun ramai pemain mereka dipancing pasukan lain sebelum ini.

Menurut pengurus pasukan Piala Presiden Selangor Datuk Ariffin Abd Hamid, program pembanguna­n akar umbi terus menjadi keutamaan FAS kerana ia bukan hanya menjadi teras kekuatan skuad Red Giants pada masa depan malah mampu menyumbang sesuatu kepada skuad kebangsaan.

“Selangor memiliki rekod yang baik dalam pembanguna­n pemain muda sebelum ini, jika dilihat pencapaian terkini, lapan pemain skuad Piala Presiden berjaya diserapkan ke pasukan Liga Super Selangor musim ini.

“Malah ada pemain dipanggil menyertai skuad bawah 22 tahun negara dan pada saya, itu satu pencapaian baik namun usaha ini tidak boleh berhenti di situ. Kami perlu memantapka­n lagi program pembanguna­n pemain muda, kerana masa depan bola sepak terletak di tangan pemain ini.

“Isu pemain Selangor dipancing pasukan lain bukan satu masalah kerana dalam bola sepak profesiona­l, pemain berhak membuat pilihan terbaik untuk mereka,” katanya kepada Arena Metro.

Jelas Ariffin, kesediaan presiden baru Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Tunku Ismail Sultan Ibrahim untuk membantu persatuan negeri memantapka­n lagi program pembanguna­n seakan menyala harapan baru buat mereka.

“Kami mempunyai beberapa perancanga­n namun ia terbatas kerana kekangan kewangan. Saya fikir pasukan lain juga mengalami masalah ini juga. Kami mahu memberikan pendedahan di luar kepada pemain muda supaya mereka lebih cepat matang dari segi permainan,” jelasnya yang juga Exco FAS.

 ??  ?? PENYOKONG Kedah pasti kecewa apabila Cheng Hoe (tengah) menerima lamaran FAM.
PENYOKONG Kedah pasti kecewa apabila Cheng Hoe (tengah) menerima lamaran FAM.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia