Harian Metro

50 tiket palsu ‘lepas’ masuk stadium

-

sudah memberi persembaha­n terbaik namun Pahang tampak menyerlah dan bijak mengambil kesempatan daripada kesilapan individu.

“Tidak dinafikan beberapa kesilapan individu membuka ruang buat pemain Pahang mengambil kesempatan menjaringk­an gol tapi saya tidak mahu menuding jari kepada mana-mana Kuantan: Persatuan Bolasepak Negeri Pahang (PBNP) mengesan 50 tiket palsu dalam pemeriksaa­n dijalankan di pintu masuk Stadium Darul Makmur, malam kelmarin.

Pengerusi Jawatankua­sa Pengurusan Perlawanan PBNP, Raja Mustafa Shah Raja Abdul Jalil berkata, pihaknya sudah menyerahka­n kes itu kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tindakan lanjut.

“Ini adalah hasil pemeriksaa­n ketat dilakukan semalam sebaik menerima aduan daripada penyokong Pahang mengenai kewujudan tiket palsu bagi perlawanan suku akhir pertama membabitka­n Pahang dan Johor Darul Ta’zim (JDT) malam tadi.

“Kami sudah memberi amaran dan mereka yang ditahan berhubung kes ini sudah kami serahkan kepada PDRM.

“PBNP sekali lagi mengingatk­an kepada semua peminat dan penyokong Pahang supaya mendapatka­n tiket mereka di kaunter yang disediakan saja bagi mengelak daripada menjadi mangsa penipuan,” katanya semalam.

Mengulas mengenai perlawanan malam kelmarin, Raja Mustafa Shah berkata, pihaknya berpuas hati dengan penyokong kedua-dua pasukan kerana berdisipli­n dan mengikuti semua arahan pihak berkuasa sepanjang perlawanan dan selepas perlawanan berakhir.

“Kami berpuas hati dengan penyokong Pahang dan Johor DT... mereka amat berdisipli­n dan matang.

“Tidak ada sebarang insiden tidak diingini berlaku dan kami harap ia berterusan bagi perlawanan lain yang akan berlangsun­g di Stadium Darul Makmur,” katanya.

 ??  ?? PERTAHANAN Johor DT Fadhli Shas (kanan) diasak Ashari Samsudin.
PERTAHANAN Johor DT Fadhli Shas (kanan) diasak Ashari Samsudin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia