Harian Metro

Enggan hampakan orang kampung

- Sudirman Mohd Tahir sudirman@hmetro.com.my

Dua kali dinobatkan sebagai juara mingguan program Mentor Milenia 2017 meletakkan protege Akim iaitu Elica, 18, antara pesaing terhebat. Ia bukan saja pencapaian peribadi Elica, tetapi juga kepada seluruh penduduk daerah Tambunan, Sabah.

“Sebelum menyertai program ini, saya memang aktif menyanyi pada majlis korporat dan kenduri orang kahwin. Malah sebelum ini saya pernah menyertai program Idola Kecil musim ketiga. Sejak itu saya memang bercita-cita nak jadi penyanyi profesiona­l.

“Apabila terpilih sebagai protege Akim, maklum balas orang kampung sangat bagus. Mereka beri sokongan padu kepada saya kerana inilah peluang mereka nak melihat bakat saya di pentas yang lebih besar.

“Pembabitan dalam program ini juga sekali gus mengharumk­an nama daerah Tambunan. Disebabkan itu saya perlu tampilkan persembaha­n hebat setiap minggu. Saya tak mahu mengecewak­an harapan mereka yang ingin melihat saya berjaya,” katanya.

Menurut Elica atau nama sebenarnya Angelica Paujin, bakat nyanyian yang dimiliki diwarisi daripada ibu bapanya. Menyedari perkara itu, ibu bapanya menghantar Elica mengikuti kelas vokal sejak di bangku sekolah.

“Dalam keluarga memang ramai yang minat muzik. Cuma mungkin rezeki saya seorang yang ke depan dan akan cuba manfaatkan peluang ini sebaik mungkin. Bukan mudah sebenarnya nak berada pada tahap sekarang.

“Tetapi sebagai orang baru masih banyak yang perlu saya belajar. Disebabkan itu saya mengikuti kelas vokal sehingga tingkatan lima. Bagi saya tak salah untuk menimba ilmu asal saja ia berguna untuk diri sendiri,” katanya.

SAMBUNG BELAJAR

Elica yang baru mendapat keputusan Sijil Peperiksaa­n Malaysia (SPM) berhasrat menyambung pengajian dalam bidang muzik.

“Secara keseluruha­n keputusan SPM saya lulus. Malah saya juga sudah membuat permohonan bagi kemasukan peringkat universiti. Sekiranya berjaya saya nak meneruskan pengajian dulu dan perlu melupakan seketika bidang nyanyian.

“Ibu bapa juga tak mahu saya berhenti belajar dan saya sendiri mahukan segulung ijazah. Sambil belajar pun saya masih boleh menyanyi,” katanya.

Berkongsi mengenai muzik, Elica mengakui dia meminati genre pop dan balada. Elica menjadikan penyanyi Jaclyn Victor, Celine Dion dan Beyonce sebagai idola.

“Jika membuat persembaha­n saya juga lebih selesa menyanyika­n lagu Inggeris, mungkin sudah terbiasa sejak kecil. Genre lagu pilihan saya pula ialah pop dan balada, sebagai contoh lagu Pelangi Senja nyanyian Stacy dan Jagalah Dia (Jaclyn Victor). Tetapi apabila berada dalam pertanding­an, saya perlu jadi versatil dengan menyahut setiap cabaran yang diberikan. Saya tak boleh selesa dengan satu genre saja,” katanya.

Elica cuba manfaatkan peluang sebaik mungkin

 ?? FOTO SOLEKAN INSTAGRAM
PAKAIAN INSTAGRAM ?? Pembabitan dalam program ini juga sekali gus mengharumk­an nama daerah Tambunan. Disebabkan itu saya perlu tampilkan persembaha­n hebat setiap minggu
FOTO SOLEKAN INSTAGRAM PAKAIAN INSTAGRAM Pembabitan dalam program ini juga sekali gus mengharumk­an nama daerah Tambunan. Disebabkan itu saya perlu tampilkan persembaha­n hebat setiap minggu

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia