Harian Metro

Tak peduli sindiran

- Nor Akmar Samudin akmar@hmetro.com.my

Aesar terus berusaha untuk capai cita-cita jadi penyanyi terkenal

Apabila melihat nasibnya masih terumbanga­mbing dalam industri hiburan tanah air, ada rakan yang memperli dan menyindirn­ya dengan kata-kata menghiris perasaanny­a.

Tidak kurang juga yang menyaranka­nnya berhenti saja daripada terus menaruh harapan untuk menjadi penyanyi terkenal.

Namun, semua semua kata-kata sindiran itu langsung tidak membantutk­an langkah Aesar Mustapa.

“Memang sakit hati tetapi saya anggap mereka tidak pernah faham dengan cita-cita saya. Jadi, kenapa saya perlu peduli dengan kata-kata mereka? Saya akan terus berusaha untuk mengecapi segala yang dicita-citakan. Biarlah orang nak kata apa sebab saya tahu apa yang saya buat,” katanya.

Terus merungkai isi hati lelaki berasal dari Kuching, Sarawak ini, selama 12 tahun dia tiada pekerjaan tetap dan mencari rezeki menerusi kerja sambilan.

Namun, Aesar masih beruntung kerana dia bukan saja berbakat dalam nyanyian tetapi turut dianugerah­kan kebolehan mencipta dan menulis lirik lagu. Sedikit sebanyak ia dapat menampung hidupnya.

Dia pernah mencipta lebih 40 lagu untuk penyanyi seperti Azmeer Arif, Alif AF dan Azam Pitt. Selain itu, dia juga pernah tampil dengan single pertama berjudul Satu Cinta.

Dalam usaha mengejar cita-cita sebagai penyanyi, Aesar pernah menyertai Malaysian Idol pada 2005 dan Gangstarz dua tahun kemudian.

Selain itu, dia juga pernah mengacarak­an program masakan Hero Dapur dan turut berlakon dalam beberapa drama.

Aesar juga pernah ‘menebalkan muka’ berjalan di karpet merah Anugerah Juara Lagu tanpa kad undangan dan dalam beberapa majlis anugerah lain.

“Pengawal tidak tahu siapa saya tetapi bernasib baik apabila ada kakitangan TV3 yang mengenali saya maka dapatlah berjalan di karpet merah pertanding­an yang berprestij itu.

“Saya tidak malu untuk mencari peluang berada di celah-celah artis dan selebriti terkenal lain kerana bukan buat salah pun,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia