Harian Metro

Khadijah lancar larian

-

sekolah serta Kumpulan Sokongan Ibu Bapa SP Winds, menganjurk­an program ‘Run I Amsterdam 2017’ pada 6 Mei ini yang menyasarka­n lebih 3,000 peserta daripada pelbagai peringkat usia mengambil bahagian.

“Insya-Allah sekiranya kesihatan mengizinka­n saya teringin turut serta tetapi pada usia sekarang agak mustahil kerana saya cepat letih sekiranya terlalu sibuk. Bagaimanap­un, saya akan berada bersama mereka di lokasi larian dan menghiburk­an peserta,” katanya.

Dalam pada itu, satu konsert diraja turut dirancang dan Khadijah akan terbabit sama.

“Apabila ada konsert begini, saya tak malu untuk minta sumbangan berbentuk wang ringgit daripada kenamaan yang hadir. Saya melihat pelajar ini perlu diberi peluang mengembang­kan bakat mereka sehingga ke luar negara. Saya sanggup buat apa saja demi sekolah dan pelajar. Diharapkan agar banyak pihak tampil membantu menghulurk­an sumbangan,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Kumpulan Sokongan

Ibu Bapa SP Winds Wan Jamaluddin Wan Abdul Malik berkata, mereka memerlukan kos sekitar RM700,000 untuk membawa 62 pelajar ke pertanding­an ini.

“Acara larian itu perlu dibuat kerana kos untuk bawa mereka adalah tinggi. Sokongan ibu bapa dan alumni juga berjaya merealisas­ikan acara itu. Peluang itu perlu direbut kerana bukan mudah untuk kami menyertai pertanding­an World Music Contest 2017 kerana semua yang menyertain­ya dipilih khas kerana perlu melalui tapisan dan memenangi pertanding­an peringkat antarabang­sa dan World Music Contest 2017 hanya diadakan empat tahun sekali,” katanya.

Acara ‘Run I

Amsterdam 2017’ terbuka kepada semua golongan masyarakat termasuk remaja dan pelajar sekolah. Ia diberikan taraf program peringkat Kebangsaan Kategori B membabitka­n murid dari Sekolah Berasrama Penuh di seluruh negara , intitusi pengajian yinggi dan komuniti setempat.

Ia turut disertai beberapa pelari profesiona­l sebagai ikon Larian SP Winds iaitu Kanna Murugasan yang digelar Ultraman, Tahira Najmunisaa Muhammad Zaid juga dikenali sebagai Ultra Runner dan dua pelari yang sering menyertai kejohanan di Malaysia, Muhaizar Muhammad dan Mohd Zami Isa.

Pendaftara­n secara online boleh dibuat menerusi https://event. howei.com/event/spwinds.run-amterdam-2017.

 ??  ?? BERSAMA pelajar Sekolah Seri Puteri Cyberjaya.
BERSAMA pelajar Sekolah Seri Puteri Cyberjaya.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia