Harian Metro

PELUANG DEKATI PEMINAT

- Oleh Najiy Jefri najiy.jefri@hmetro.com.my

Seramai 17 artis tanah air yang kini bergelar usahawan berkampung di Kota Bharu, Kelantan sejak Khamis lalu bagi berniaga barangan mereka.

Antara yang mengambil bahagian termasuk Ziana Zain, Fasha Sandha, Ifa Raziah, Fathia Latif dan Fahrin Ahmad yang turut menggunaka­n kesempatan itu untuk bertemu peminat.

Lebih meriah, selepas hampir tiga hari berkampung, festival itu berjaya menghimpun­kan lebih 160,000 pengunjung tempatan selepas melabuhkan tirainya Sabtu lalu.

Festival itu sesak dengan lautan pengunjung yang mahu bertemu dengan artis kegemaran mereka secara dekat selain membeli belah koleksi terbaru rekaan artis masing-masing

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Mode Republic (MR), Kimi Iskandar

Ismail, semua artis terbabit memberikan komitmen sebagai peniaga dengan sangat baik.

“Kami memberikan peluang kepada artis untuk memasarkan produk mereka selain dapat bertemu peminat. Mereka memang setia dengan MR selain sudah semakin mahir dalam urusan perniagaan,” katanya.

Tambah Kimi, peluang yang diberikan kepada artis dan selebriti itu sedikit sebanyak dapat membantu mereka menjana pendapatan dalam tempoh singkat.

“Kami menyediaka­n platform yang luas kepada mereka memandangk­an MD sudah hampir tiga tahun bertapak dan berjaya. Boleh dikatakan setiap usahawan yang mengambil bahagian meraih keuntungan berlipat kali ganda,” katanya.

Ifa ketika ditemui berkata, peluang perniagaan yang diberikan MD sangat berbaloi.

“Kami juga diberikan ilmu dan diajar bagaimana untuk memasarkan barangan sehingga memperoleh keuntungan,” katanya.

Bagi Ziana pula, di samping berniaga ia juga memberi peluang untuk artis mendekati peminat masing-masing.

“Sudah lama rasanya saya tidak datang ke Kelantan. Apabila ada peluang sedemikian saya berbesar hati untuk bertemu dengan peminat di sana. Alhamdulil­lah jualan tudung saya mendapat sambutan yang menggalakk­an.

“Platform yang diberikan dapat membantu golongan artis untuk mengembang­kan perniagaan mereka dengan cepat dan mudah,”katanya.

Sementara itu, sebanyak RM10,000 wang tunai dibelanjak­an dalam program ‘hujan duit’ sejak Khamis lalu yang menarik lebih 10,000 pengunjung.

 ??  ?? TUDUNG Ziana laku.
TUDUNG Ziana laku.
 ??  ?? RANDY Pangalila mesra layan peminat.
RANDY Pangalila mesra layan peminat.
 ??  ?? PENGUNJUNG berwefie bersama Fahrin.
PENGUNJUNG berwefie bersama Fahrin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia