Harian Metro

Cabaran terbesar Dian

-

Banyak buat rujukan untuk hayati watak Kartini

Dian yang juga pelakon filem Ungu Violet berkata, melakonkan watak tokoh bukan semudah difikirkan kerana banyak perkara perlu dititikber­atkan.

Oleh itu, sebelum memulakan penggambar­an Dian terlebih dulu mengkaji latar kehidupan dan personalit­i Kartini atau nama sebenarnya Raden Adjeng Kartini.

“Walaupun penat, tetapi saya bersyukur kerana dapat belajar banyak perkara. Saya dapat ilmu bagaimana belajar lakonan dengan betul selain meningkatk­an kepercayaa­n diri. Dari situ saya sedar yang saya mampu melaksanak­an tanggungja­wab itu.

“Sepanjang penggambar­an, saya dapat rasa bagaimana kehidupan Kartini dulu. Baik dari segi minat, semangat untuk belajar, hala tuju hidup dan kebebasan. Paling penting buku adalah perkara yang sangat dekat di hatinya,” katanya.

Selain perlu menjiwai seluruh hidup Kartini, Dian juga perlu bijak mengawal emosi tanpa perlu memberonta­k kerana dia digambarka­n sebagai wanita Jawa yang masih memegang teguh tradisi.

“Zaman dulu wanita Jawa tidak akan melihat mata orang yang diajak bercakap, apatah lagi orang itu adalah lelaki atau orang yang lebih tua.

Jadi pandangann­ya paling tinggi sedagu.

“Oleh itu, dalam filem itu menuntut saya menyampaik­an emosi dengan cara yang belum pernah saya lakukan. Sebagai contoh emosi itu perlu disampaika­n secara sederhana namun perlu ditonjolka­n dengan tegas,” katanya.

Dian berkata, watak Kartini adalah cabaran terbesar untuknya sepanjang menjadi pelakon. Malah Dian mengakui berasa terbeban untuk menghidupk­an watak Kartini dalam filem itu.

“Bagi saya melakonkan watak Kartini ini adalah cabaran terbesar sebagai pelakon. Pada masa saya bangga kerana boleh melunaskan tanggungja­wab itu seperti diinginkan pengarah. Saya mengibarat­kan berlakon dalam filem itu seperti berada di ‘booth camp’. Di sinilah ujian sebenar seorang pelakon. Apatah lagi cara pengarahan

Mas Hanung yang tidak suka membazir waktu,” katanya.

Selain perlu bijak mengawal emosi, watak Kartini ini juga menuntut Dian mempelajar­i bahasa Jawa dan Belanda.

Dia juga perlu belajar menjadi wanita Jawa dengan segala gerak gerinya.

Meski berdarah Jawa, Dian mengakui ia cukup asing dengan segala budaya Jawa yang perlu diterapkan sebagaiman­a karakter Kartini.

“Bagi mempelajar­i adat istiadat Jawa, saya dibantu

Dapur Film yang menyediaka­n jurubahasa Jawa. Begitu juga dengan bahasa Belanda, ada gurunya juga. Dalam filem itu terdapat 64 ayat bahasa Belanda yang perlu saya ucapkan dan fahami maksudnya,” katanya.

Selain Dian, filem arahan Hanung Bramantyo turut dibintangi barisan pelakon hebat lain seperti Christine Hakim, Deddy Sutomo, Reza Rahadian, Nova Eliza, Rianti Cartwright, Denny Sumargo dan Acha Septriasa.

Istimewany­a juga, lagu tema filem itu yang berjudul Memang Kenapa Kalau Aku Perempuan? dinyanyika­n oleh Melly Goeslow dan Gita Gutawa.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia