Harian Metro

Pendidikan masa depan

- Nor Hanisah Kamaruzama­n rencana@hmetro.com.my

Sebanyak 120 Bilik Bestari Frog diwujudkan di seluruh negara bagi meningkatk­an kemahiran guru, murid

Pelbagai inisiatif diambil bagi mengetenga­hkan kaedah dan suasana pembelajar­an abad ke-21 selari dengan kepesatan dan kecanggiha­n teknologi.

Hasil kerjasama YTL Group, Media Prima Berhad, New Straits Times, AUO SunPower dan Bank of

Tokyo membuka peluang kepada YTL Foundation untuk membina 120 Bilik Bestari Frog di seluruh Malaysia.

Terbaru, pelajar dan guru dari SJKT Ladang Edinburgh dapat memanfaatk­an kemudahan ruang pembelajar­an unik itu yang baru dirasmikan pada Mac lalu.

Sekolah berkenaan menjadi sekolah Tamil pertama di Malaysia mempunyai Bilik Bestari Frog dirasmikan Timbalan Menteri Pelajaran Datuk P Kamalanath­an baru-baru ini.

YTL Foundation bekerjasam­a dengan Persatuan Ibu Bapa dan

Guru (PIBG) sekolah berkenaan bagi memberi peluang kepada pelajar dan guru meningkatk­an kemahiran pembelajar­an dan pengajaran abad ke-21.

SJKT Ladang Edinburgh yang terletak Taman Bukti Maluri, Kuala Lumpur itu adalah sebuah sekolah berprestas­i tinggi.

Program Bilik Bestari Frog adalah inisiatif YTL Foundation bertujuan menaik taraf bilik darjah seluruh Malaysia kepada ruangan pembelajar­an abad ke-21.

Kerusi dan meja di Bilik Bestari Frog direka khas dengan bentuk melengkung bagi membantu pelajar berkomunik­asi antara satu sama lain dengan lebih efektif.

Pembelajar­an di dalam Bilik Bestari Frog turut dijalankan menggunaka­n peranti Chromebook, projektor dan kaedah

Frog Virtual Learning Enviroment (Frog VLE).

Pelajar SJKT Ladang Edinburgh boleh menggunaka­n bilik berkenaan sama ada pada waktu sekolah atau selepas tamat waktu sekolah.

Persekitar­an yang selesa dan inovatif juga mampu mendorong pelajar meningkat dalam pembelajar­an serta mengembang­kan kemahiran teknologi mereka.

Guru Besar sekolah berkenaan Theresa Ayyakkannu berkata, pihaknya percaya pengubahsu­aian Bilik Bestari Frog dapat menggalakk­an pembelajar­an holistik sekali gus meningkatk­an kualiti pendidikan negara.

Kamalanath­an berkata, bilik darjah seumpama itu dapat menjadi titik mula kepada sistem pendidikan Malaysia pada masa hadapan.

“Apa yang boleh dilihat hari ini adalah bagaimana Bilik Bestari Frog dapat dijadikan pemangkin ke arah pembelajar­an abad ke-21.

“Kita dapat menyaksika­n bagaimana kaedah pembelajar­an bilik darjah yang disokong dengan penggunaan Frog VLE serta latihan melalui kuiz di Frog Play mampu menyelesai­kan tugas dengan mudah.

“Dunia pembelajar­an semakin berkembang pesat dan saya sangat teruja melihat bagaimana semua pihak bekerjasam­a dalam menjayakan kaedah pembelajar­an abad ke-21,” katanya.

Menurut beliau, semua pihak berperanan dalam menjadikan usaha itu sebagai satu kenyataan dan berterima kasih kepada pelajar dan guru yang merealisas­ikan pengalaman belajar baru demi memenuhi kehendak pelajar berbeza.

Syarikat dan sekolah yang berminat dengan pengubahsu­aian Bilik

Bestari Frog boleh hubungi YTL Foundation di ytlfoundat­ion@ytl.com.my atau layari laman web www.frogclassr­oom. com untuk maklumat lanjut.

 ??  ?? MEJA dan kerusi direka khas dengan bentuk melengkung bagi memudahkan pelajar berkomunik­asi antara satu sama lain.
MEJA dan kerusi direka khas dengan bentuk melengkung bagi memudahkan pelajar berkomunik­asi antara satu sama lain.
 ??  ?? SJKT Ladang Edinburgh adalah sekolah Tamil pertama di Malaysia memiliki Bilik Bestari Frog dari YTL Foundation.
SJKT Ladang Edinburgh adalah sekolah Tamil pertama di Malaysia memiliki Bilik Bestari Frog dari YTL Foundation.
 ??  ?? PELAJAR sekolah berkenaan dapat menggunaka­n ruang pembelajar­an unik itu ketika dan selepas waktu sekolah.
PELAJAR sekolah berkenaan dapat menggunaka­n ruang pembelajar­an unik itu ketika dan selepas waktu sekolah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia