Harian Metro

Budak kampung tauke ‘Foodtruck’

-

Belajar darpadai kesusahan untuk berjaya

Setiap hari saya melihat kegigihan majikan menguruska­n perniagaan­nya dan dari situlah mengenal erti kesusahan untuk mencapai kejayaan.

Sepanjang bekerja saya sentiasa menanam tekad untuk melangkah lebih jauh dan mencari cita-cita sebenar.

Selepas mendapat keputusan Sijil Pelajaran Malaysia pada 2010, saya ditawarkan mengikuti pengajian Diploma Seni Kulinari di Pusat Teknologi dan Pengurusan Lanjutan (PTPL), Shah Alam, Selangor.

Berhijrah ke bandar

Peluang melanjutka­n pelajaran adalah fasa baru dalam hidup saya sebagai mahasiswa yang tinggal di kawasan bandar. Tidak mudah untuk saya yang berlatarbe­lakangkan keluarga susah meneruskan pengajian.

Ini kerana saya tidak mendapat tajaan dan yuran pendaftara­n diuruskan sendiri.

Selepas habis kuliah, saya mengambil upah menjadi pelayan restoran, menyiang ikan, memilih ikan dan bermacam lagi pekerjaan untuk menampung kos pengajian serta duit belanja.

Selama tiga tahun saya melalui kehidupan itu dan pengalaman berkenaan terlalu bernilai bagi saya. Ia membantu saya mengenali erti hidup.

Terdetik buka ‘Foodtruck’

Selepas tamat pengajian, saya tidak memilih kerjaya. Kerja pertama selepas bergelar graduan adalah menjadi pembantu dapur di sebuah hotel. Setiap hari saya berulang alik menaiki bas atau teksi untuk bekerja.

Walaupun gaji ketika itu hanya RM1,000, saya tetap bersyukur kerana ia rezeki dan boleh membantu keluarga.

Minat untuk berniaga tercetus sewaktu berkunjung ke Dataran Bandaraya Johor Bahru dan melihat penjual makanan menggunaka­n trak.

Saya berjumpa dengan pemilik trak berkenaan dan memohon bekerja sebagai pembantu separuh masa.

Selepas selesai kerja di hotel, saya bergegas ke dataran membantu pengusaha berkenaan menjual makanan Barat.

Berkat usaha dan kesabaran, saya berjaya membuka perniagaan makanan menggunaka­n trak. Kemudahan itu diberikan sepenuhnya kepada saya oleh pemiliknya yang sudah membuka perniagaan lebih besar iaitu restoran.

Saya memulakan perniagaan makanan menggunaka­n trak tanpa pembantu.

Alhamdulil­lah selepas lima tahun, saya berhasil memiliki ‘foodtruck’ sendiri dengan hanya menjual makanan Barat.

Gaji diperoleh lebih daripada RM3,000 sebulan dan ia dapat membantu ahli keluarga yang lain.

Saya juga mengambil peluang menyertai Maha 2016 yang berlangsun­g di MAEPS Serdang, baru-baru ini. Harapan saya supaya dapat membawa trak ini ke mana sahaja untuk menarik perhatian pelanggan.

Perniagaan luar biasa

Ini cerita kejayaan saya yang ingin dikongsika­n dengan pembaca. Bidang keusahawan­an bukan satu bidang mencuba nasib atau takdir kerana kemahiran kita kuasai menentukan faktor kejayaan seseorang.

Jika seseorang itu mahu berjaya dalam dunia perniagaan mereka perlu mempunyai prinsip kejujuran dan menitikber­atkan mutu produk dihasilkan. Saya akan selalu positifkan diri walaupun ada segelintir pelanggan memberi komen negatif terhadap perniagaan makanan Barat.

Bagi saya, itu cabaran untuk kita sendiri supaya dapat membantu mengekalka­n kejayaan yang diperoleh.

Prinsip saya adalah biar kita susah berniaga untuk hidup, tetapi kesusahan itu akan berubah menjadi kejayaan yang luar biasa.

 ??  ?? KETIKA bekerja sebagai pembantu cef di sebuah hotel.
KETIKA bekerja sebagai pembantu cef di sebuah hotel.
 ??  ?? AHMAD Fakhruddin dahulunya seorang pelayan restoran.
AHMAD Fakhruddin dahulunya seorang pelayan restoran.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia