Harian Metro

RAIKAN ORANG MUDA

-

Apabila masing-masing mempunyai sejarah hitam tersendiri. Mereka menjadi menjadi ‘insan terpilih’ untuk memikul tanggungja­wab sebagai Power Rangers.

Kenapa remaja bermasalah yang terpilih?

Pada pandangan saya, remaja bermasalah tidak bermaksud mereka akan terus bermasalah kerana di dalam diri remaja, tidak kira banyak mana nilai negatif yang mereka ada, mereka tetap ada ‘inlay’ positif jauh di dalam diri mereka. Dalam kes Power Rangers, setiap daripada mereka mempunyai kualiti tersendiri. Mereka hanya perlu teroka, diberi nilai tambah dengan ilmu dan skil serta diberi peluang.

Nabi Muhammad SAW mengingatk­an kita agar tidak menyisihka­n orang muda:

“Aku wasiat-amanahkan kepadamu terhadap pemuda (angkatan muda) supaya bersikap baik terhadap mereka. Sesungguhn­ya hati dan jiwa mereka sangat halus. Maka sesungguhn­ya Tuhan mengutus aku membawa berita gembira dan membawa peringatan. Angkatan mudalah yang menyambut dan menyokonga­ku sedangkan angkatan tua menentang serta memusuhi aku.”

Waktu muda hanya sekali

Siapa kita hari ini ialah kerana pilihan yang kita buat suatu ketika dahulu. Siapa kita di masa hadapan ialah kerana pilihan yang kita buat sekarang. Sebab itulah, kita perlu membuat pilihan terbaik pada waktu muda agar waktu muda kita tidak berlalu begitu sahaja. Dibimbangi hari tua kita akan menyesal kerana terlalu banyak ilmu dan pengalaman yang kita tak sempat pelajari.

Sekurang-kurangnya sasarkan 5 perkara pada waktu muda;

1.Spiritual: Jaga ibadah kita

2.Fizikal: Badan yang sihat. Elakkan obes 3.Intellektu­al: Komited dengan majlis ilmu, seminar yang bermanfaat, buku yang bagus

4.Emosi: Dekati orang susah, libatkan dalam aktiviti kemanusiaa­n, fahami erti syukur

5.Sosial: Bergaul dengan semua orang tidak kira bangsa dan agama. Fahami budaya dan raikan perbezaan.

Akhirnya, jom kita renungkan satu hadis Nabi SAW:

Ada perkara menarik boleh dijadikan pengajaran

menerusi filem Power Rangers

“Tidak akan berganjak kaki anak Adam (manusia) pada hari kiamat nanti di hadapan Rabbnya sehingga ditanya lima perkara: umurnya untuk apa dihabiskan, masa mudanya untuk apa dihabiskan, hartanya dari mana dia dapatkan dan dibelanjak­an untuk apa harta itu dan sudahkah beramal terhadap ilmu yang ia ketahui.” (Riwayat At Tirmidzi no. 2340)

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia