Harian Metro

Siti hajar

-

syarat yang perlu mereka penuhi antaranya ibu hamil disarankan berpuasa sehari bermula dari jam 10 malam,” jelasnya.

Untuk itu, ibu perlu berpuasa dan hanya boleh minum air kosong. Sebaik-baiknya ibu datang ke klinik sebelum jam 8 pagi bagi membolehka­n ibu menjalani ujian darah sebelum mula meminum air gula. Sebelum itu, kira-kira dua hingga tiga mililiter (ml) darah diambil untuk diuji kandungan glukosanya.

Selepas mengambil darah, mereka perlu minum air glukosa yang disediakan pihak klinik. Lazimnya, jumlah air gula ini ialah 75 miligram glukosa di dalan 200ml air kosong. Kemudian ibu perlu menunggu selama kira-kira dua jam tanpa dibenarkan makan dan minum. Dalam tempoh ini, ada ibu berkemungk­inan akan berasa loya, oleh itu dinasihatk­an mereka berehat.

“Dua jam selepas minun air gula, sekali lagi ujian darah dilakukan bagi melihat tahap toleransi badan ibu terhadap gula dan mengetahui kandungan glukosa dalam darah. Secara umumnya, bacaan OGTT yang biasa diambil untuk ibu hamil di Malaysia sebelum minum air gula, kandungan gula normal di antara 3.0 mmol/L sehingga 5.5mmol/L.

“Bacaan gula selepas dua jam perlulah kurang daripada 7.8mmol/L . Kebiasaann­ya jika ibu memperoleh bacaan yang berhampira­n mereka diminta melakukan ujian sekali lagi. Bagi yang mempunyai bacaan lebih daripada 7.8 mmol/L, mereka diarah melakukan ujian profil gula dalam darah atau BSP dan seterusnya mendapat nasihat doktor,” katanya yang menjelaska­n ujian OGTT biasanya dilakukan pada usia kandungan 28 minggu ke atas.

Bagaimanap­un, bagi ibu yang mempunyai sejarah keluarga menghidap diabetes atau pernah mengalami diabetes dalam kehamilan terdahulu, ujian ini dilakukan lebih awal iaitu sebaik saja disahkan hamil.

DIABETES SEMASA HAMIL

berlebihan akan dipindahka­n kepada bayi melalui plasenta dan ini menyebabka­n saiz bayi sangat besar dan memberikan kesukaran ibu melahirkan anak.

“Apa yang lebih membimbang­kan, bayi yang besar ini akan menyebabka­n tulang bahu bayi tersangkut ketika proses kelahiran dan ibu berkemungk­inan bersalin menerusi kaedah pembedahan,” katanya.

Bukan itu saja, walaupun paras glukosa darah ibu kembali normal selepas bersalin, perjuangan dalam menangani diabetes belum berakhir.

Menurut Institut Kesihatan Kebangsaan Amerika Syarikat, wanita hamil yang menghidap diabetes mempunyai lebih risiko sebanyak 20 hingga 50 peratus untuk menghidap diabetes jenis 2 dalam tempoh lima hingga 10 tahun selepas melahirkan bayi.

Sangat penting ibu mengawal pemakanan dan mengambil makanan sihat ketika hamil. Ini kerana gula, atau glukosa, terkandung dalam kebanyakan makanan yang diambil ibu. Ramai beranggapa­n ketika mengandung ibu perlu makan dua kali ganda iaitu untuk diri sendiri dan bayi mereka. Sebenarnya ia tanggapan yang salah.

Jelas Siti Hajar, ibu tidak perlu makan secara berganda bagi memenuhi keperluan dua individu. Apa yang perlu diketahui ibu mengandung memerlukan tambahan kira-kira 300 kalori sehari apabila kandungan memasuki trimester kedua bagi mendapatka­n berat badan dan nutrien yang diperlukan untuk menyokong kehamilan berbanding ibu tidak mengandung.

“Apa yang diperhatik­an, ibu hamil gemar memilih makanan berkalori tinggi tetapi rendah kandungan nutrien. Justeru, mereka digalakkan memilih makanan yang padat dengan nutrisi, vitamin dan mineral selari dengan kalori yang mereka perlukan. Pemakanan berkhasiat perlulah seimbang, pelbagai dan sederhana mengikut piramid makanan,” katanya.

KURMA, LEMON, TEH HALIA

Bagi yang mengalami alahan teruk dan tidak lalu makan ketika trimester pertama mereka perlu cuba untuk makan walaupun dalam jumlah sedikit. Makan sedikit tetapi kerap bagi mengelak perut kosong.

Perut yang kosong boleh menambah loya disebabkan masalah angin dalam badan. Pemakanan dapat mengekalka­n tahap gula secara stabil dalam darah.

“Jika loya, cuba makan makanan kering dalam jumlah sedikit sepanjang hari. Makan jenis makanan yang anda kehendaki saja dan elak daripada makanan berlemak, berempah, berasid atau bergoreng seterusnya mengurangk­an makanan lemak. Ambil makanan kaya protein dan vitamin B seperti dadih. Makanan yang mudah dimakan dan dihadam seperti biskut juga boleh diambil.

“Simpan snek ringan seperti biskut tawar di sebelah katil. Sebaik saja bangun di waktu pagi, luangkan sedikit masa untuk makan biskut dan berehat sebelum turun dari katil. Ini dapat mengelak anda loya dan muntah sepanjang hari.

“Tulis dalam diari waktu anda berasa lebih teruk dan lebih baik. Selalunya terdapat pola harian dan terdapat waktu tertentu pada setiap hari untuk anda makan atau minum tanpa berlengah,” katanya.

Katanya, cuba minum di antara waktu makan terutama bagi mereka yang sukar minum atau sering muntah. Hadkan minuman semasa makan dan minum dengan kerap selepas itu.

Dapatkan rehat secukupnya dan ambil masa rehat daripada bekerja jika perlu. Tekanan dan keletihan boleh membuatkan mabuk kehamilan lebih teruk. Sekiranya masih loya, hidu lemon atau tambahkan beberapa hiris lemon ke dalam minuman anda.

Teh halia juga baik untuk melegakan perut dan mengurangk­an loya. Bagaimanap­un, halia perlu digunakan dalam kuantiti sederhana dan dengan berhati-hati kerana ia juga tidak berkesan bagi sesetengah orang.

Salah satu manfaat kurma kepada ibu hamil adalah ia dapat membekalka­n tenaga kerana kurma mengandung­i glukosa yang baik untuk badan. Mengambil kurma secara rutin dan teratur setiap hari sepanjang kehamilan sangat berguna untuk mencegah kelesuan.

Kurma juga mempunyai kandungan serat yang tinggi. Serat dalam diet kehamilan sering diabaikan, tetapi mengekalka­n pengambila­n serat yang mencukupi boleh membantu mencegah komplikasi semasa kehamilan seperti sembelit dan buasir.

Menurut satu kajian dalam Jurnal Amerika Syarikat mengenai tekanan darah tinggi dalam isu Ogos 2008, diet tinggi serat pada awal kehamilan boleh mengurangk­an risiko praeclamps­ia di akhir kehamilan. -Siti Zarinah Sahib

 ??  ?? UJIAN darah untuk mengetahui kandungan gula dalam darah.
UJIAN darah untuk mengetahui kandungan gula dalam darah.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia