Harian Metro

Amalan untuk kesihatan mata

-

Mata boleh menjadi lesu dan kurang bermaya sekiranya anda kurang tidur. Selain kemunculan tompok hitam di bawah mata, seseorang itu kelihatan lebih tua daripada usia sebenar sekiranya mereka tidak berehat sepenuhnya.

Terdapat beberapa amalan yang boleh dilakukan bagi merawat mata antaranya dengan meletakkan uncang teh selama 15 minit atau hirisin timun di atas kedua-dua mata.

Biarkan sejenak kemudian anda dapat rasakan keletihan semakin berkurang. Mata mulai segar dan kelihatan lebih bermaya. Bagi menjadikan mata lebih sihat lakukannya setiap minggu sekurangku­rangnya dua kali seminggu. Anda juga boleh mengikuti beberapa panduan di bawah:

Apabila menonton jarakkan diri sekurangku­rangnya dua meter dari televisyen, bertujuan mengelakka­n sinaran ultraungu dari kaca televisyen yang boleh merosakkan mata anda. Menggunaka­n komputer atau membaca tanpa rehat punca mata menjadi letih, keletihan ini boleh menyebabka­n sakit kepala atau mata berair.

Mata juga memerlukan rehat. Setiap 20 minit alihkan pandangan dari skrin sekurang-kurangnya 20 saat dan kerlipkan mata anda, cara ini boleh mengelakka­n mata daripada menjadi kering dan tidak selesa.

Semasa menggunaka­n komputer, duduk pada jarak sekurang-kurangnya 50 sentimeter dari skrin untuk keselesaan.

Jika membaca letakkan buku pada jarak 30 hingga 40 sentimeter dari mata tetapi jangan amalkan tabiat membaca sambil berbaring, belajarlah di tempat yang mempunyai cahaya yang cukup tetapi elakkan mata terkena cahaya silau ataupun keadaan cuaca yang malap. Bagi merehatkan urat mata, tutup mata sambil membayangk­an sesuatu yang menenangka­n. Perlahan-lahan buka mata dan lihat objek yang hijau sejauh 20 kaki.

Kemudian ubah fokus anda kepada objek yang dekat untuk 10 hingga 15 saat berselang-seli. Lakukan sebanyak 10 kali.

Jika perlu, gunakan cermin mata untuk melihat dengan lebih jelas atau boleh menggantik­annya dengan kanta lekap. Setiap kali ingin menyentuh kanta lekap pastikan tangan anda kering.

Letakkan kanta lekap di tapak tangan, bersihkan dengan cara meletakkan tiga hingga empat titis pencuci khas kanta lekap pada bahagian atas kanta mata. Elakkan selalu menggosok mata, terutama sekiranya tangan anda kotor. Pastikan anda membersihk­an tangan terlebih dulu sebelum menyentuh mata. Sekali-sekala gunakan produk cecair penitis mata agar mata kembali segar dan sihat. Namun dapatkan nasihat doktor terlebih dulu sekiranya anda mempunyai alahan.

. Paling penting tidur lapan jam sehari. Rehat daripada menggunaka­n komputer atau tablet pada waktu malam kerana mata anda sudah terlalu penat bekerja pada waktu siang.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia