Harian Metro

Dapatkan nasihat pakar

- Siti Zarinah Sahib sitizarina­h@hmetro.com.my

Tidak semua produk berasaskan herba boleh diambil dalam jangka masa panjang

Lambakan produk makanan tambahan berasaskan herba tidak semuanya selamat diambil kecuali produk yang sudah melalui kajian keberkesan­an terhadap manusia.

Di Malaysia kebanyakan produk belum sampai kepada kajian secara menyeluruh tetapi hanya pada peringkat makmal (tabung uji).

Ia juga memerlukan kajian yang sangat panjang kerana kebanyakan makanan tambahan ini memberikan kesan tertentu dan berbeza kepada setiap individu apabila ia bercampur dengan enzim serta diuraikan oleh badan.

Hal ini dinyatakan oleh Dekan Fakulti

Farmasi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof Madya Dr Jamia Azdina Jamal, ketika majlis Permeterai­an Memorandum Persefaham­an (MoU) di antara Institut Blackmores dengan Persatuan Farmasi Malaysia (MPS), UKM dan Universiti Taylor’s di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Walaupun pada umumnya herba ialah tumbuhan selamat, ia tetap mendatangk­an kesan jangka panjang. Misalnya ginkgo biloba diakui keberkesan­annya setelah melalui ujian terhadap manusia tetapi pengambila­nnya perlu mengikut dos tertentu.

“Tidak semua produk berasaskan herba boleh diambil dalam jangka masa panjang. Ada yang mendatangk­an kesan terutama bagi penghidap kencing manis kerana boleh menyebabka­n koma atau meninggal dunia jika paras gula dalam darah terlalu rendah selepas pengambila­n produk berasaskan herba ini.

“Oleh itu, pesakit perlu mendapatka­n nasihat doktor atau ahli farmasi bagi mengetahui kesesuaian mereka mengambil produk berasaskan herba,” katanya.

Penyebab masalah kesihatan pengguna menjadi lebih teruk apabila mereka tidak meneruskan ubatubatan yang diperoleh di hospital, sebaliknya hanya bergantung kepada produk berasaskan herba yang tidak diketahui keberkesan­annya.

Katanya, untuk lebih selamat pengguna boleh mendapatka­n produk yang dijual di farmasi kerana sudah melalui ujian saringan, asli, halal dan mendapat kelulusan Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM).

“Pada masa sama, ahli farmasi akan memberikan penerangan mengenai jenis ubat atau makanan tambahan yang sesuai dengan penyakit serta keperluan badan pesakit,” ujarnya.

Menyedari pentingnya sokongan ahli farmasi dalam memberikan bimbingan mengenai penggunaan ubat pelengkap (CM) kepada pengguna, Institut Blackmores dengan kerjasama MPS,

UKM dan Universiti Taylor’s merangka program pendidikan penjagaan kesihatan bagi membekalka­n ahli farmasi di Malaysia dengan ilmu dan kefahaman mengenai ubat pelengkap dan manfaat penggunaan­nya bersama ubat konvension­al.

Penggunaan ubat pelengkap seperti produk herba, makanan tambahan, vitamin dan mineral tambahan semakin meningkat di seluruh dunia bagi membantu mencegah, merawat atau menguruska­n penyakit.

Di Malaysia, hasil penyelidik­an mendapati orang ramai semakin banyak melabur dalam pembelian ubat-ubatan atau makanan tambahan yang boleh dibeli tanpa preskripsi doktor atau ahli farmasi.

Apatah lagi dengan iklan di media mengenai proses pemulihan cepat, pengguna tertarik mencubanya sedangkan produk dihasilkan tidak melalui ujian secara berperingk­at.

Menurut Pengarah Institut Blackmores Dr Lesley Braun, ubat pelengkap kini digunakan seiring dengan rawatan konvension­al bagi membantu menguruska­n masalah kesihatan yang rumit seterusnya meningkatk­an kualiti hidup.

“Oleh itu golongan profesiona­l dalam bidang kesihatan perlulah memberikan penerangan yang jelas dan nasihat berasaskan bukti kepada orang ramai mengenai cara terbaik menggunaka­n ubat-ubatan ini bagi meningkatk­an tahap keselamata­n,” katanya.

Majlis menandatan­gani MoU antara empat pihak berkenaan menandakan permulaan proses pembelajar­an yang memberi keyakinan kepada ahli farmasi untuk berperanan sebagai perunding ubat bersepadu yang dipercayai pengguna di seluruh negara.

Ini turut dipersetuj­ui Presiden Persatuan

Farmasi Malaysia (MPS) Amrahi Buang yang mengatakan ahli farmasi mempunyai kepakaran dalam bidang farmakolog­i dan mempunyai hubungan tersendiri dengan pengguna. Mereka berada pada kedudukan yang unik untuk memainkan peranan penting ini.

“Sungguhpun ramai ahli farmasi menunjukka­n minat menambah ilmu mengenai ubat pelengkap, hanya segelintir didedahkan kepada pengajian formal dalam bidang ini. Kerjasama ini akan menyediaka­n sumber yang berkualiti dan peluang pembelajar­an lebih khusus untuk ahli farmasi bagi membolehka­n mereka membimbing dan membantu rakyat Malaysia menjaga kesihatan sebaik mungkin,” katanya.

Hadir sama pada majlis berkenaan, Presiden Universiti Taylor Prof Michael Driscoll dan Timbalan Naib Canselor Industri dan Kerjasama Masyarakat UKM Prof Imran Ho Abdullah.

 ??  ?? DARI kiri, Amrahi, Dr Lesley Braun, Prof Michael Driscoll dan Prof Imran Ho Abdullah pada majlis MoU.
DARI kiri, Amrahi, Dr Lesley Braun, Prof Michael Driscoll dan Prof Imran Ho Abdullah pada majlis MoU.
 ??  ?? Pada masa sama, ahli farmasi akan memberikan penerangan mengenai jenis ubat atau makanan tambahan yang sesuai dengan penyakit serta keperluan badan pesakit
Pada masa sama, ahli farmasi akan memberikan penerangan mengenai jenis ubat atau makanan tambahan yang sesuai dengan penyakit serta keperluan badan pesakit

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia