Harian Metro

Asam garam mencari rumah sewa di Mesir

-

Kehidupan kami di Mesir tidaklah jauh berbeza dengan kehidupan rakan pelajar di Malaysia. Biasanya kami tinggal berkelompo­k di sesebuah kawasan tertentu yang terletak berhampira­n universiti tempat belajar. Dengan cara ini kami mudah mendapatka­n sokongan kerana kami tinggal berdekatan.

Di Iskandaria­h, kawasan tumpuan pelajar Malaysia adalah Ibrahimiya­h, Kamb Ceasar, Gamaah dan Azarita. Majoriti pelajar Malaysia tinggal di Kamb Ceasar. Kawasan ini menjadi tumpuan kerana berdekatan dengan universiti dan sewa rumah berpatutan.

Contohnya kadar sewaan bulanan di Kamb Caesar LE2000 (RM500) untuk apartmen 5 bilik berbanding LE3000 (RM750) di kawasan berdekatan pantai untuk apartmen yang sama besarnya. Buat masa ini kadar tukaran wang adalah lebih baik kepada kami iaitu RM1 untuk LE4. Tetapi kalau tukaran wang rendah seperti dua tahun lalu RM1 kepada LE2, maka bayaran sewa lebih berat kepada kami.

Antara pertimbang­an kami, kawasan rumah mestilah berkaitan dengan pengangkut­an awam tram (kereta api tiga gerabak) dan tremco (van) untuk memudahkan pergerakan dari satu tempat ke tempat lain. Kedai runcit, pasar, kedai alat tulis dan kemudahan awam yang lain juga antara kriteria sesuatu tempat dipilih sebagai tempat tinggal.

Bagi pelajar perubatan praklinika­l, kami menghadiri kuliah di Muwassah yang berdekatan dengan Kamb Ceasar. Selalunya, kami berjalan kaki dari rumah ke Muwassah mengambil masa 20 minit melalui kawasan apartmen dan kedai. Kadangkala agak gerun juga berjalan di bawah apartmen, takut-takut ada benda yang jatuh dari tingkat atas. Pernah kami ternampak pasu terjatuh dari apartmen ini.

Bagi pelajar klinikal dan pergigian pula, tempat pengajian mereka di Azarita dan kawasan ini berdekatan dengan stesen tram. Kebanyakan pelajar ini akan tinggal di kawasan berhampira­n stesen tram seperti di Gamaah yang mengambil masa 15 minit menaiki tram ke Azarita.

Bagaimana pelajar Malaysia mencari rumah di Mesir? Selalunya, senior akan membantu pelajar baru mencari rumah sewa. Kami juga kadangkala dibantu oleh simsar (agen mencari rumah). Simsar akan membantu mencari rumah berdasarka­n kriteria ditetapkan oleh pelajar Malaysia. Sekiranya pelajar bersetuju menyewa rumah, kami dikehendak­i membayar beberapa peratus daripada kadar sewa rumah. Contohnya, jika harga rumah LE2000 dan 25 peratus daripada jumlah ini diberikan kepada simsar sebagai upah.

Pelajar Malaysia di sini lebih gemar menyewa rumah bekas pelajar senior yang sudah pulang ke Malaysia. Januari dan Jun adalah waktu senior mencari junior untuk menyambung akad sewa rumah mereka. Sebelum menyewa rumah, kami perlu menandatan­gani akad ataupun perjanjian dengan tuan rumah. Isi kandungan akad ini adalah harga sewa dan peraturan menyewa rumah. Akad selalunya diperbahar­ui setiap tahun kerana di sini harga rumah sewa boleh naik 10 peratus setiap tahun. Namun, tidak semua rumah akan dinaikkan sewanya setiap tahun. Ada yang naik dua tahun sekali mahupun tidak naik langsung berdasarka­n budi bicara tuan rumah.

Disangkaka­n panas sampai ke petang, tetapi hujan di tengah hari. Kadang-kadang pelajar Malaysia terpaksa menghadapi masalah apabila tuan rumah melanggar akad dan hal ini sering berlaku

apabila tuan rumah tiba-tiba menghalau keluar pelajar tersebut. Oleh itu, sebagai langkah berjaga-jaga lebih baik menandatan­gani akad lebih dari setahun agar perjanjian tersebut dapat dipatuhi kedua-kedua belah pihak.

Kebanyakan rumah pelajar Malaysia di Iskandaria­h ialah apartmen tiga bilik dilengkapi dengan tandas, dapur dan ruang tamu. Harga sewa bagi rumah di Iskandaria­h dalam lingkungan LE2000 (RM500) sehingga LE2500 (RM625). Harga sewa rumah berdasarka­n bilangan bilik dan usia rumah tersebut. Rumah lama selalunya lebih murah berbanding rumah baru. Kami selalunya berkongsi menyewa rumah seramai tiga hingga enam orang agar bayaran sewa dapat dikongsi bersama.

Akhir kalam, ini adalah antara gambaran kediaman yang diduduki oleh pelajar Malaysia di sini.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia