Harian Metro

Bio-racun hadapi perosak

- Mohamad Hussin mohamad_hussin@ hmetro.com.my

Penyelidik UKM temui kaedah lebih mesra alam

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berjaya membangunk­an formula Bio Racun dalam pengurusan secara lestari serangga perosak dalam pengeluara­n minyak sawit dan sayuran.

Bio Racun ini digunakan untuk menghapusk­an serangan serangga ulat bungkus yang menyerang sayuran berdaun manakala kumbang merah menyerang dalam batang pokok sawit dan kelapa sehingga menjejaska­n pengeluara­n.

Buat masa ini, kawalan serangga perosak sawit dan ulat pemakan sayur biasanya bergantung sepenuhnya kepada penggunaan racun kimia.

Selain daripada peningkata­n kos pengurusan, pencemaran alam sekitar dan kesan sampingan ke atas manusia dan organisma bukan sasaran, penggunaan racun yang tidak terkawal menyebabka­n peningkata­n kerintanga­n perosak terhadap racun berkenaan.

Felo Penyelidik Institut Biologi Sistem (INBIOSIS) UKM Dr Maizom Hassan berkata, pencarian kaedah alternatif yang lebih mesra alam, bersifat ekonomi dan praktikal perlu dibangunka­n.

Beliau berkata, kumbang jalur merah atau nama saintifikn­ya ‘Rhynchopho­rus ferrugineu­s’ adalah ancaman terhadap 17 spesies pokok palma di seluruh dunia termasuk pokok kelapa sawit dan kelapa.

“Kumbang jalur merah bertindak dengan mengorek masuk ke dalam batang pokok dan memusnahka­n tisu di dalam pokok menyebabka­n batang pokok mudah patah dan musnah dalam masa yang singkat.

“Selain daripada industri kelapa sawit, industri sayuran di Malaysia turut diancam serangan ulat bungkus seperti Plutella xylostella (kupukupu belakang intan, diamond backmoth) dan Spodoptera litura,” katanya yang ditemui di INBIOSIS UKM, Bangi, Selangor, baru-baru ini.

Menurutnya, pengawalan perosak bersepadu (IPM) membabitka­n penggunaan semua teknik dan kaedah pengawalan yang paling sesuai untuk mengekalka­n paras perosak di bawah paras kerosakan ekonomi.

“Prinsip yang digunakan dalam IPM ialah pembanguna­n racun serangga yang bersifat spesifik dan pengekploi­tasian kaedah bukan kimia.

“Menerusi gabungan bidang enzimologi, proteomik, biologi pengkomput­eran dan entomologi, pengenalpa­stian serta pembanguna­n racun perosak bersifat spesifik kepada perosak sasaran sedang dijalankan,” katanya

Beliau berkata, hasil kajian enzimologi membabitka­n penulenan dan pencirian protein, serta kajian kespesifik­an substrat dan perencatan enzim yang terbabit dalam proses kehidupan serangga berjaya mengenal pasti beberapa sebatian yang berpotensi untuk dibangunka­n sebagai bio-rational insecticid­e (racun bio rasional)

“Kajian proteomik ke atas serangga sasaran mengukuhka­n lagi pemahaman tentang mekanisma dan pengawalat­uran proses diapause, metamorfos­is, dan vitelogene­sis serangga.

“Bidang biologi pengkomput­eran juga digunakan dalam pembanguna­n racun bio rasional apabila ia membabitka­n kajian pendokkan molekul.

“Ia digunakan dalam menilai interaksi di antara ligan dan enzim atau reseptor atau asid nukleik serta maklumat berkenaan adalah penting dalam meramalkan paras ketoksikan pestisid atau sebatian toksik yang boleh menyekat aktiviti enzim terbabit.

“Pendekatan ini juga digunakan dalam proses saringan analisis in-vitro dan in-vivo,” katanya yang menjalanka­n kajian itu sejak 2009 membabitka­n geran sebanyak RM500,000.

Dr Maizom berkata, penyelidik­an ini antara projek usaha sama INBIOSIS dengan Fakulti Sains dan Teknologi UKM serta Fakulti Pertanian Universiti Putra Malaysia (UPM).

 ??  ?? DR Maizom menunjukka­n kumbang jalur merah yang menyerang pokok kelapa sawit. DR Maizom dan pembantu penyelidik INBIOSIS, Nazmi Harith Fadzilah membuat kajian kumbang jalur merah ke atas tebu.
DR Maizom menunjukka­n kumbang jalur merah yang menyerang pokok kelapa sawit. DR Maizom dan pembantu penyelidik INBIOSIS, Nazmi Harith Fadzilah membuat kajian kumbang jalur merah ke atas tebu.
 ??  ?? KAJIAN mengenai ulat bungkus yang memakan sayuran dapat diatasi dengan menggunaka­n Bio Racun.
KAJIAN mengenai ulat bungkus yang memakan sayuran dapat diatasi dengan menggunaka­n Bio Racun.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia