Harian Metro

FOKUS KEDAULATAN MAKANAN negara

- Mohamad Hussin mohamad_hussin@ hmetro.com.my

Malaysia amat menggalakk­an kerjasama dan pembabitan rakan serantau

Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) mewakili Malaysia sebagai tuan rumah sempena mesyuarat tahunan

‘Asian Farmers Group For Cooperatio­n 17 (AFGC)’ yang diadakan selama dua hari di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Mesyuarat itu sebagai platform bagi pertubuhan peladang negara Asia bertukar pandangan, idea serta membincang­kan komitmen dalam bidang pertanian.

Ahli AFGC terdiri daripada Pertubuhan Peladang (PP) dan Pertubuhan Koperasi

(PK) membabitka­n sembilan negara iaitu India, Indonesia, Korea, Filipina, Vietnam, Sri Lanka, Thailand, Jepun dan Malaysia.

Antara tumpuan yang diberikan dalam mesyuarat itu ialah perbincang­an beberapa isu yang dihadapi ahli AFGC termasuk membincang­kan usaha untuk meningkatk­an produktivi­ti melalui teknologi canggih untuk pertanian.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Nogeh Gumbek berkata, mesyuarat itu perlu diberi perhatian bagi meningkatk­an pengetahua­n dan kemahiran dalam menghadapi arus pembanguna­n global.

Beliau berkata, selain itu, ia dapat bertukar pandangan berkaitan pertanian dari negara Asia membabitka­n beberapa negara berkenaan.

“Sektor pertanian di Malaysia memasuki satu dimensi baru serta inovatif bagi melahirkan produk pertanian moden yang relevan dengan keperluan negara dan global pada abad ini.

“Dalam konteks ini, penggunaan teknologi terkini adalah elemen induk bagi memperkemb­angan industri pertanian ke satu tahap yang lebih baik dan setara dengan pasaran pertanian global,” katanya ketika merasmikan AFGC yang ke-17.

Hadir sama, Timbalan Pengurus Besar NAFAS Dr Hamid Sulaiman dan Presiden Kesatuan Koperasi Pertanian Jepun Choe Okuno.

Nogeh berkata, Malaysia sangat memberi fokus kepada kedaulatan makanan negara. Antara komponen penting yang menjadi perhatian negara adalah kecukupan makanan, kebolehmil­ikan makanan, kebersihan dan keselamata­n makanan.

“Malaysia sangat menggalakk­an kerjasama dan pembabitan rakan serantau dalam memastikan kecukupan dan keselamata­n makanan di rantau ini khususnya Asia.

“Mesyuarat AFGC kali ini turut disertai wakil World Farmers Organisati­on (WFO) dari New Zealand, Dr William Rolleston,” katanya.

Sementara itu, Dr

Hamid berkata, NAFAS akan terus bersama AFGC dalam menerajui bidang pertanian yang lebih proaktif dan berteknolo­gi tinggi seterusnya terkenal di seluruh pelusuk dunia.

Beliau berkata, produktivi­ti dan teknologi adalah sentiasa berkait rapat antara satu sama lain.

“AFGC adalah salah satu kolaborasi di antara negara Asia yang bertujuan meningkatk­an perkembang­an dan kemajuan peladang di mata dunia.

“Melalui kolaborasi ini, ia dapat membina hubungan persahabat­an di antara negara dunia khususnya.

“Semoga persidanga­n kali ini dapat memberikan input terbaik kepada kita semua dalam membangunk­an dan menjamin kedaulatan makanan dunia dan rantau Asia khususnya,” katanya.

Choe berkata, seramai 10 juta rakyat Jepun yang sebahagian besar daripada jumlah itu golongan muda adalah ahli kesatuan berkenaan yang memberi sokongan kepada sektor ini.

“Kami sedang bekerjasam­a dengan Kerajaan Jepun untuk memperbany­akkan tanaman oren mandarin sebagai satu daripada produk eksport pertanian,” katanya.

 ??  ?? NOGEH (sembilan dari kanan) dan Dr Hamid (lima dari kanan)
bersama ahli AFGC.
NOGEH (sembilan dari kanan) dan Dr Hamid (lima dari kanan) bersama ahli AFGC.
 ??  ?? Sektor pertanian di Malaysia memasuki satu dimensi baru serta inovatif bagi melahirkan produk pertanian moden yang relevan dengan keperluan negara dan global pada abad ini
Sektor pertanian di Malaysia memasuki satu dimensi baru serta inovatif bagi melahirkan produk pertanian moden yang relevan dengan keperluan negara dan global pada abad ini
 ??  ?? AHLI AFGC bermesyuar­at.
AHLI AFGC bermesyuar­at.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia