Harian Metro

Caj deposit pesakit warga asing

- Nursyahira­h Marzuki am@hmetro.com.my

Putrajaya: Hanya kadar deposit dinaikkan dan bukannya caj perkhidmat­an kepada warganegar­a asing, kata Ketua Setiausaha Kementeria­n Kesihatan Datuk Seri Dr Chen Chaw Min.

Menjelaska­n perkara itu, Dr Chen berkata, caj perkhidmat­an baru kepada warganegar­a asing mula dilaksanak­an pada 1 Januari 2016, dengan kenaikan 70 peratus berbanding 2014 (100 peratus kos perkhidmat­an sebenar tanpa subsidi).

Sehubungan itu, katanya, kadar deposit perlu dikaji semula dan bertambah selaras dengan kenaikan caj perkhidmat­an itu.

“Bagi kelas satu dan dua, jumlah deposit yang perlu dibayar warganegar­a asing ialah kenaikan kadar deposit baru dan perlu ditambah dengan kadar deposit lama (jumlah kenaikan 70 peratus campur kadar deposit lama).

“Sementara bagi kelas ketiga hanya perlu membayar deposit mengikut kadar kenaikan 70 peratus saja,” katanya.

Bagaimanap­un, Dr Chen berkata, tiada deposit dikenakan kepada warganegar­a asing yang mempunyai permit kerja sah kerana diwajibkan mempunyai insurans perubatan (tidak termasuk pelancong).

“Kenaikan kadar deposit ini wajar dilaksanak­an kerana jumlah tunggakan bil pesakit warganegar­a asing semakin meningkat,” katanya.

Tiada sebarang yuran penyertaan dikenakan kepada peserta Pertanding­an Futsal Belia Berkemahir­an Piala 1Belia 1Kemahiran (1B1K)-Majlis Belia Malaysia (MBM) (1B1K-MBM), tetapi perlu membawa beras dan telur untuk menyertain­ya.

Ketua Setiausaha Kementeria­n Belia dan Sukan (KBS) Datuk Lokman Hakim Ali berkata, pendekatan yang berlainan dilaksanak­an ini bertujuan memupuk minat menderma dan sukarelawa­n dalam kalangan belia memandangk­an semua barang

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia