75% rakyat Malaysia sukar simpan wang

Harian Metro - - Bisnes -

Lumpur: Majoriti rakyat negara ini masih tidak mempunyai perancangan kewangan jangka panjang yang kukuh apabila hanya kira-kira 25 peratus yang bersedia dari segi kewangan untuk persaraan.

Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Abdul Rasheed Abdul Ghaffour berkata, lebih 75 peratus rakyat Malaysia mendapati mereka sukar menyimpan RM1,000 bagi keperluan kecemasan disebabkan ketidaktentuan ekonomi dan kos sara hidup yang tinggi.

“Rakyat perlu sedar mengenai kepentingan menyimpan untuk masa depan supaya tidak mengalami sebarang kesulitan apabila berlaku kecemasan.

“Jadi, penting untuk membina keupayaan dan celik kewangan dalam kalangan rakyat yang mampu untuk menguruskan kewangan dengan baik.

“Malah, ia akan membantu meningkatkan kesejahteraan individu dan isi rumah selain memastikan satu sistem kewangan yang berdaya saing yang dapat menyumbang kepada pertumbuhan mapan ekonomi negara,” katanya pada majlis pelancaran modul pendidikan kewangan dan persaraan, Persaraan, Bermulanya Perjalanan Baru di sini.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) Datuk Shahril Ridza Ridzuan dan Ketua Pegawai Eksekutif Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) Azaddin Ngah Tasir.

Modul itu adalah hasil kerjasama antara KWSP dan AKPK yang bertindak sebagai garis panduan khususnya untuk barisan penceramah kedua-dua kumpulan itu yang mengendalikan taklimat awam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.