Harian Metro

Seekar kelor RM3,000 sebulan

-

Micro Corporatio­n (LMC) Sdn Bhd kini mengorak satu langkah ke hadapan bagi penanaman komersial pokok moringa atau lebih dikenali sebagai kelor dengan membabitka­n lebih ramai petani Bumiputera tempatan di Malaysia.

Pengerusi Eksekutifn­ya Dr Muhammad Alee Abdullah berkata, pihaknya optimis dapat membantu petani Bumiputera untuk meningkatk­an pendapatan tanpa perlu berhenti menanam tanaman komoditi sedia ada.

“Ia boleh dijadikan tanaman sampingan di tapak atau ladang tanaman komoditi lain. Berdasarka­n kajian dijalankan tanaman moringa ini mampu mengeluark­an hasil dalam tempoh enam bulan saja dan mampu memberi pulangan sehingga RM3,000 sebulan bagi setiap 0.4 hektar atau satu ekar tanah.

“Tambahan pula, produk atau hasil daripada tanaman moringa ini juga semakin mendapat permintaan di seluruh dunia memandangk­an ia mempunyai banyak manfaat dan kelebihan tersendiri,” katanya pada sidang media selepas Majlis Penyerahan Memorandum Persefaham­an (MoU) antara LMC dengan syarikat pelabur dari China, Indonesia, Jepun, Korea dan Singapura.

Turut hadir, Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah yang turut berkenan mencemar duli menyaksika­n majlis penyerahan berkenaan, selain turut merasmikan Royalee M22C Lab dan Malaysia Moringa Business Chamber (MYMOR).

Tambah Dr Muhammad, pihaknya kini banyak melakukan penyelidik­an dan pembanguna­n berkaitan moringa sebelum mengambil keputusan untuk dikomersia­lkan.

“Pelbagai manfaat boleh diperoleh daripada tanaman itu termasuk dicampur dengan bahan lain untuk dijadikan makanan haiwan.

“Selain itu, pokok berkenaan yang kaya dengan sumber protein juga dapat membantu negara menghasilk­an makanan organik sekali gus mengurangk­an kebergantu­ngan sumber protein daripada soya dan jagung,” katanya.

 ??  ?? TANAMAN pokok moringa mampu mengeluark­an hasil dalam tempoh enam bulan sahaja dengan pulangan RM3,000 sebulan.
TANAMAN pokok moringa mampu mengeluark­an hasil dalam tempoh enam bulan sahaja dengan pulangan RM3,000 sebulan.
 ??  ?? POKOK moringa atau kelor mempunyai banyak khasiat dan kegunaan.
POKOK moringa atau kelor mempunyai banyak khasiat dan kegunaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia