Harian Metro

Sayang adikku sayang

„ Wanita ikat badan saudara kandung ketika tunggang motosikal ke hospital demi dapat rawatan

- Aizat Sharif mohd.aizat@hmetro.com.my

Bagi mengelak terjatuh, seorang kakak sanggup mengikat tubuh adik pada dirinya ketika menunggang motosikal sejauh 34 kilometer setiap minggu untuk mendapatka­n rawatan di hospital.

Sebagai bukti kasih mendalam, Juli Haslinda Johari, 36, tidak pernah mengeluh apatah lagi terbeban menjaga Nurul Jannah, 16, selepas adiknya disahkan menghidap serangan lupus atau Sistemik Lupus Eritematos­us (SLE) sejak 2014.

Setiap minggu mereka berulang-alik dari rumah di Taman Bersatu, Kuala Kedah ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), di sini untuk mendapatka­n rawatan susulan.

Penyakit Nurul Jannah semakin serius sejak Ogos tahun lalu apabila dia tidak mampu melihat menyebabka­n dia berhenti belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Laksamana, Kuala Kedah.

Juli Haslinda berkata, keluargany­a terdiri daripada 10 adik beradik berusia 16 hingga 37 tahun dan adik perempuan ketiga yang berusia 34 tahun serta adik

bongsunya disahkan menghidap penyakit sama. “Kami yatim piatu elepas bapa meningal dunia pada 2003 seelum disusuli ibu pada 2010. Jadi, saya bertanggun­gjawab menjaga Nurul Jannah dengan dibantu adik beradik

lain.

“Penyakit Nurul Jannah dikesan ketika dia di tingkatan satu apabila sering mengadu sakit kepala, sesak nafas dan muncul tompokan seperti kudis buta pada kulitnya,” katanya di rumahnya, di sini, semalam.

Menurutnya, mereka merujuk masalah itu ke HSB sebelum doktor mengesahka­n Nurul Jannah menghidap SLE.

“Sebelum ini adik mampu belajar lagi, namun penyakit itu semakin teruk sejak tahun lalu menyebabka­n dia berhenti sekolah apabila matanya buta.

“Nurul Jannah kini bergantung dengan ubat setiap hari bagi mengurangk­an simptom penyakit berkenaan,” katanya.

Juli Haslinda yang bekerja sebagai tukang sapu di sekitar pekan Kuala Kedah berkata, doktor memaklumka­n mata adiknya boleh sembuh jika dibedah, tetapi setakat ini ia masih di peringkat kajian.

“Doktor tidak jamin rawatan terbaik terhadap adik kerana ia masih di peringkat penilaian pakar,” katanya.

Dia hanya bergantung kepada bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat RM100 sebulan yang tidak cukup bagi menampung perbelanja­an rawatan adiknya selain keperluan susu khas berharga RM80.

Selain adik bongsu, Juli Haslinda yang mendirikan rumah tangga dengan tukang paip Mohd Nasir Mohd Nor, 36, turut menjaga lima anak berusia antara lima hingga 15 tahun.

 ??  ?? JULI Haslinda menunjukka­n tompokan kudis di pergelanga­n tangan Nurul Jannah.
JULI Haslinda menunjukka­n tompokan kudis di pergelanga­n tangan Nurul Jannah.
 ??  ?? NURUL Jannah berhenti sekolah selepas hilang penglihata­n sejak tahun lalu.
NURUL Jannah berhenti sekolah selepas hilang penglihata­n sejak tahun lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia