Harian Metro

Jemari titik ‘buta’

„ Wanita celik tertarik pelajari al-Quran braille

- Noor Ainum Ibnu Hajar Abu Seman am@hmetro.com.my

Lapan bulan lalu hatinya tersentuh tatkala melihat ketekunan orang kurang upaya (OKU) cacat penglihata­n mengalunka­n setiap bait ayat suci al-Quran dengan begitu indah menggunaka­n al-Quran braille.

Didorong rasa ingin tahu, Siti Noor Mohamed, 39, mengambil keputusan untuk turut sama mempelajar­i kalam suci itu menggunaka­n al-Quran braille.

Daripada situ, hati ibu kepada empat anak ini mula dijentik keinsafan dan rasa kagum tidak bertepi sebaik mula mengikuti kelas bersama insan istimewa itu.

Ternyata, menyusun jemari di atas titik ‘buta’ di atas naskhah putih itu agak sukar meskipun dia dikurniaka­n penglihata­n sempurna.

Siti Noor berkata, ketika pertama kali mempelajar­i titik asas yang melambangk­an huruf jawi itu, dia mengambil masa sebulan lebih untuk menguasain­ya pada peringkat Iqra’.

“Alhamdulil­lah, walaupun awalnya sukar, ia berbaloi apabila saya berada di juzuk dua al-Quran dan ma- sih mempelajar­inya agar lebih mahir.

“Rakan di sini banyak membantu saya dan turut membantu yang termampu dengan melihat bacaan mereka,” katanya ketika ditemui di Persatuan Orang-Orang Cacat Penglihata­n Islam Malaysia (PERTIS) Cawangan Mentakab di Mambang Berulang, di sini, baru-baru ini. Suri rumah yang tinggal di Kampung Kelubi ini berkata, kunjungann­ya kali pertama melawat persatuan itu pada September lalu hanyalah sekadar suka-suka, selain rasa ingin tahu bagaimana golongan istimewa itu mempelajar­i al-Quran.

“Melihat mereka bersungguh-sungguh mempelajar­i al -Quran, saya jadi terharu dan insaf. Mereka dilahirkan dengan kekurangan namun gigih mempelajar­i al-Quran, jadi mengapa saya yang normal ini perlu memberi banyak alasan.

“Bukan itu saja, ia turut menyuburka­n rasa kesyukuran dalam hati saya kerana dilahirkan sempurna dan lebih bersemanga­t untuk mendalami al-Quran,” katanya yang mengikuti kelas itu setiap Selasa dan Rabu.

Menurutnya, mempelajar­i al-Quran braille juga dapat memperbaik­i mutu bacaannya walaupun dia sudah beberapa kali khatam al-Quran.

 ??  ?? SITI Noor mampu membaca al-Quran braille yang digunakan OKU penglihata­n.
SITI Noor mampu membaca al-Quran braille yang digunakan OKU penglihata­n.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia