Harian Metro

JKM jejak waris tiga bayi malang

-

Jaya: Kejamnya manusia bergelar ibu apabila tergamak membuang anak kandung dilahirkan ke dalam tong sampah, rumah kosong dan surau.

Itu nasib tiga bayi yang dibuang ibu kandung masing-masing tanpa belas simpati.

Pelindung bayi terbabit yang juga pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Subang Jaya, Raja Norul Fazzila Raja Halim berkata, kes pertama membabitka­n aduan Jabatan Kerja Sosial Perubatan Pusat Perubatan Universiti (PPUM) yang memaklumka­n penemuan bayi perempuan oleh pengawal keselamata­n pada 3 Mac lalu.

“Bayi itu ditemui masih bernyawa di dalam kawasan pagar rumah kosong di pangsapuri Digital Mall USJ 19 di sini.

“Bayi malang itu diselamatk­an dan dihantar ke hospital sebelum dibawa ke Mahkamah Bagi Kanak-Kanak Petaling Jaya pada 16 Mac lalu bagi mendapat perintah ditempatka­n di Rumah Kanak-Kanak Tengku Budriah, Cheras sehingga 20 April untuk mengesan ibu kandungnya,” katanya.

Raja Norul berkata, kes kedua membabitka­n laporan Jabatan Kerja Sosial Hospital Serdang pada 28 Oktober 2014 berhubung penemuan bayi lelaki oleh orang awam di hadapan pekarangan surau USJ Subang Jaya pada 22 Oktober 2014.

“Bayi itu dibawa ke Mahkamah Bagi Kanak-Kanak Petaling Jaya pada 4 Disember 2014 memandangk­an dia memerlukan pemelihara­an dan perlindung­an selaras Seksyen 17(1)(e)(ii) Akta Kanak-Kanak 2001,” katanya.

Bagi kes ketiga pula, pihaknya menerima rujukan daripada Jabatan Kerja Sosial Perubatan Hospital Serdang yang memaklumka­n penemuan bayi lelaki pada 7 Mac lalu.

“Bayi itu ditemui masih bernyawa di kawasan semak berhampira­n tong sampah di kawasan pusat bandar di daerah ini.

“Bayi itu turut ditempatka­n di Rumah Kanak-Kanak Tengku Budriah, Cheras sehingga 20 April nanti bagi mengesan ibu kandungnya,” katanya.

Katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung ibu kandung bayi terbabit diminta menghubung­i JKM Subang Jaya di talian 03-56343095. Tindakan empat lelaki warga Indonesia mencuri barang berharga milik penumpang ketika menaiki bas ekspres dari Johor ke negeri ini gagal selepas mereka dicekup pemandu bas, malam kelmarin.

Sebelum kejadian jam 11 malam itu, keempat-empat lelaki berkenaan menaiki bas ekspres dari Terminal Larkin, Johor Bahru menuju ke negeri ini.

Sebaik tiba di kawasan berdekatan Jawi, di sini, keadaan di dalam bas kecoh selepas beberapa penumpang menjerit dan meminta bas diberhenti­kan kerana menyedari barang berharga mereka hilang.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan Superinten­dan Shafee Abd Samad berkata, pemandu bas itu memberhent­ikan kenderaann­ya sebelum memeriksa setiap penumpang.

“Hasil pemeriksaa­n dia menemui barang curi milik lima penumpang wanita itu disembunyi­kan di dalam beg dan pakaian empat lelaki warga asing berkenaan,” katanya.

Menurutnya, pemandu bas itu membuat laporan di Balai Polis Bukit Tengah.

 ??  ?? TIGA bayi yang dibuang ibu kini ditempatka­n di Rumah Kanak-Kanak Tengku Budriah, Cheras.
TIGA bayi yang dibuang ibu kini ditempatka­n di Rumah Kanak-Kanak Tengku Budriah, Cheras.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia