Harian Metro

Kelas jutawan ‘buluh kasap’

- Mohd Hasbi Sidek mohd.hasbi@hmetro.com.my

„ Lelaki umpan pelaburan tukaran wang asing janji pulangan 28 peratus seminggu

Anjur kelas bimbingan rahsia menjadi jutawan kepada orang ramai yang bercita-cita mahu menggandak­an wang dilaburkan.

Itu antara taktik penipuan skim pelaburan tukaran mata wang asing (forex) didalangi seorang lelaki tempatan berusia 31 tahun yang memperdaya 140 mangsa.

Dengan menggunaka­n nama sebuah syarikat teknologi maklumat, lelaki itu menawarkan pulangan pelaburan sehingga mencecah 28 peratus seminggu yang dibayar dalam mata wang dolar Amerika Syarikat.

Malah, kepetahann­ya berkomunik­asi dan bergaul menyebabka­n ramai mangsa mudah terpedaya dengan janji manis ditaburkan.

Difahamkan pada peringkat awal, pelabur mendapat pulangan lumayan sebelum lelaki itu menghilang­kan diri sejak akhir tahun lalu.

Mangsa yang mahu dikenali sebagai Asmah berkata, dia mengenali lelaki itu ketika menghadiri kelas forex sebelum tertarik dengan pelaburan diperkenal­kan lelaki itu pada Februari 2016.

“Lelaki itu mendakwa tujuannya menarik pelabur hanya kerana mahu membantu rakan mendapat duit lebih.

“Dengan pulangan lumayan, saya bersetuju melabur AS$1,000 (RM4, 500) sebagai permulaan,” katanya.

Menurutnya, dia membuat beberapa transaksi ke atas akaun bank lelaki itu membabitka­n jumlah RM40,000.

“Saya menerima tiga kali pulangan pelaburan pada April, Mei, Jun, selain kali terakhir pada Disember tahun lalu.

“Lelaki itu memberi pelbagai alasan dan tidak mahu membuat pulangan keuntungan selepas itu. Saya kini tertekan kerana melaburkan wang milik ahli keluarga dan rakan.

“Sehingga kini lelaki ini tidak berjaya dikesan. Saya difahamkan terdapat lebih 140 individu yang menjadi mangsanya termasuk sebuah sekolah tahfiz dengan nilai kerugian mencecah lebih RM1 juta,” katanya yang sudah membuat laporan polis.

Seorang lagi mangsa mahu dikenali sebagai Dian berkata, dia terpengaru­h untuk menyertai pelaburan melalui lelaki itu selepas menghadiri program pelaburan dianjurkan.

“Saya memindahka­n wang berjumlah RM200,000 ke akaun peribadi lelaki itu bagi tujuan pelaburan pada Oktober tahun lalu. Namun, saya mendapati pelaburan itu mencurigak­an sebelum meminta semua wang itu dikembalik­an,” katanya.

 ??  ?? ASMAH menunjukka­n laporan polis dan bukti transaksi untuk pelaburan forex yang dipindahka­n ke akaun lelaki itu.
ASMAH menunjukka­n laporan polis dan bukti transaksi untuk pelaburan forex yang dipindahka­n ke akaun lelaki itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia