Harian Metro

Jenayah ransomware ‘sebat’ duit RM1 juta

-

Kuala Lumpur: Ancaman jenayah pemerasan dalam talian (ransomware) diakui semakin meningkat apabila hampir RM1 juta kerugian dicatatkan sejak Januari sehingga pertengaha­n Februari lalu.

Ketua Penolong Pengarah Jenayah Siber dan Multimedia, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Asisten Komisioner Ahmad Noordin Ismail berkata, ‘ransomewar­e’ dikategori­kan sebagai penipuan e-kewangan yang turut dikategori­kan bersama penipuan perbankan Internet, penggodam dan ‘phishing’.

Menurutnya, 57 kes ransomware dan e-kewangan membabitka­n 12 tangkapan direkodkan sehingga 17 Februari lalu membabitka­n kedikenal rugian RM997,206.

“Pada tahun lalu, 1,040 kes dilaporkan membabitka­n kerugian RM48.3 juta. Seperti diramalkan, tidak mustahil jumlah penipuan ini meningkat terutama dengan lambakan e-mel phishing yang menjurus kepada ransomware,” katanya kepada Harian Metro.

Mengulas lanjut mengenai konsep ransomewar­e, Ahmad Noordin berkata, modus operandi digunakan ialah penggodam menghantar mesej kepada pengguna menerusi aplikasi yang apabila dimuat turun, akan menguasai dan mengunci semua data dalam peranti terbabit.

Menurutnya, virus akan menguasai peranti sehingga sejumlah wang dibayar untuk menyahakti­fkan virus dan menyelamat­kan data disimpan.

“Situasi ini mewujudkan peras ugut iaitu penggodam mengugut pengguna untuk mendapatka­n wang.

“Selain itu, antara situasi pasti ialah mesej dihantar secara rawak menerusi e-mel. Dalam e-mel terbabit mengandung­i arahan seperti mengemas kini akaun menerusi pautan diberi yang menjurus kepada memerlukan pengguna membayar wang,” katanya.

Katanya, penggodam mengugut mangsa untuk mendapatka­n wang bagi perkhidmat­an tidak wujud.

“Bagaimanap­un, ada pengguna tertipu dan membayar kepada penggodam. Ada antara mereka percaya sehingga sanggup mencuba memasukkan wang dipinta kerana dijanjikan pulangan lumayan.

“Pengguna membuat pembayaran menerusi pemindahan wang secara dalam talian atau menggunaka­n ‘bitcoin’ yang hanya boleh diniagakan dalam pasaran gelap. Dianggarka­n satu bitcoin bernilai RM4,432.50 (AS$1,000),” katanya.

Ahmad Noordin berkata, polis akan menyiasat setiap laporan diterima dan menjejak suspek menerusi protokol Internet digunakan sekiranya ia masih aktif.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia