Harian Metro

Terkejut badan jadi kebiru-biruan

- Asrizal Aris asrizal.aris@hmetro.com.my

“Impian kami hanya mahu melihat bayi kami membesar seperti kanak-kanak lain,” itu kata Nurul Nadiah Mohamad Tuah, 26, ibu kepada bayi berusia lapan bulan yang menghidap jantung berlubang dan saluran injap sempit sejak beberapa bulan lalu.

Bayi berkenaan, Muhammad Firman Ramadhan Muhammad Fareed, memerlukan RM58,000 untuk membiayai kos pembedahan menutup lubang pada jantung dan membetulka­n saluran injap di Hospital Gleneagles yang dijangka dilakukan pada 26 April ini.

Nurul Nadiah berkata, dia dan suami, Muhammad Fareed Zine, 25, mendapat tahu bayi mereka menghidap jantung berlubang sebulan lalu ketika anaknya mengalami demam panas dan badan bertukar kebiru-biruan.

Katanya, penyakit itu adalah kali pertama berlaku kepada ahli keluargany­a kerana sebelum ini belum ada keturunan kedua-dua pasangan itu menghidap jantung berlubang.

“Kami sangat terkejut kerana selama tujuh bulan usia bayi kami dia seorang aktif dan tiada sebarang tanda menunjukka­n dia sakit tetapi selepas dirujuk ke hospital, doktor mengatakan dia menghidap jantung berlubang dengan saiz lubang yang agak besar.

“Kami sangat berharap bantuan daripada orang ramai supaya anak kedua kami ini dapat membesar dengan sihat seperti kanak-kanak lain selepas melakukan pembedahan awal,” katanya ketika ditemui di Hospital Gleneagles, di sini, semalam.

Menurut Nurul yang juga suri rumah, dia tidak mampu untuk menampung kos pembedahan itu memandangk­an suaminya hanya pekerja hotel dengan pendapatan RM1,000 sebulan.

„ Bayi 8 bulan hidap jantung berlubang perlu RM58,000 biaya kos pembedahan

Mereka yang ingin menghulurk­an bantuan boleh menghantar cek atas nama Tabung Kebajikan Media Prima NSTP ke alamat Bahagian Kumpulan Komunikasi Korporat, Media Prima Berhad, Tingkat 1, Anjung Riong, Balai Berita, 31, Jalan Riong, 59100 Kuala Lumpur dengan menulis nama bayi itu di belakang cek atau ke akaun Maybank 5141-0532-3170.

 ??  ?? MUHAMMAD Fareed bersama Nurul Nadiah memangku anak mereka Muhammad Firman Ramadhan.
MUHAMMAD Fareed bersama Nurul Nadiah memangku anak mereka Muhammad Firman Ramadhan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia