Harian Metro

Nasib Khai berubah

-

Ipoh: Kecacatan bukan halangan untuk terus berjaya dalam bidang yang diceburi.

Itu dibuktikan oleh seorang tukang urut Khairruddi­n Mazli, 26, yang berhadapan masalah penglihata­n atau glaukoma.

Khairruddi­n atau lebih mesra dengan panggilan Khai cukup dikenali di kalangan penduduk sekitar dan pelbagai lapisan masyarakat di bandar raya ini dengan khidmat urutan kaki yang ditawarkan di Taman Rekreasi Sultan Abdul Aziz (Padang Polo), Ipoh setiap hari bermula jam 7 pagi hingga tengah hari manakala malamnya bermula jam 8 malam sehingga tengah malam di Downtown Meru, di sini.

Khai yang pernah mewakili Malaysia dalam Sukan Futsal Orang Kurang Upaya di Terbuka Hong Kong sehingga muncul naib juara 2014 dan tempat kelima Kejohanan Futsal di Jepun dua tahun lalu berazam mempunyai kedai refleksolo­gi sendiri.

“Inilah punca rezeki saya dan berazam memiliki kedai yang selesa demi kepuasan pelanggan.

“Saya ingin buktikan pada masyarakat bahawa kecacatan bukan penghalang untuk terus berjaya.

“Saya ingin memiliki rumah, keluarga sendiri dan kehidupan yang sempurna tanpa menyusahka­n sesiapa,” katanya.

Anak keempat daripada enam beradik itu menghadapi masalah penglihata­n pada 2008 dan disahkan menghidap masalah penglihata­n atau glaukoma.

Katanya, tiga minggu sebelum menduduki peperiksaa­n Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), mata kanannya disahkan oleh doktor menghidapi glaukoma dan tidak dapat dirawat lagi.

“Ketika itu, saya gagal menumpukan kepada peperiksaa­n kerana bertarung dengan kesakitan yang teramat sangat,” katanya.

Paling menyedihka­n tidak sampai dua tahun kemudian mata sebelah kiri saya pula turut mengalami glaukoma. Saya tidak tahu apa yang harus saya lakukan ketika itu.

“Sukar untuk saya menerima ketentuan ini, lebih-lebih lagi ketika kedua-dua mata saya buta, ibu saya pula meninggal dunia akibat serangan jantung. Dua tahun saya kemurungan.

“Mujurlah sokongan moral dan semangat daripada ayah, adik dan rakan. Saya bangun semula walaupun saya tidak tahu hala tuju seterusnya,” katanya.

 ??  ?? KHAIRRUDDI­N mengambil upah mengurut di Padang Polo, Ipoh.
KHAIRRUDDI­N mengambil upah mengurut di Padang Polo, Ipoh.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia