Harian Metro

Kelibat simbah petrol

- Hadzlihady Hassan hadzlihady@hmetro.com.my

Angkara khianat. Itu yang berlaku apabila 13 motosikal milik penghuni Blok B Flat Padang Tembak, Air Itam, di sini, musnah dipercayai dibakar dua lelaki misteri, awal pagi semalam.

Dalam kejadian jam 1 pagi itu, 11 daripada motosikal terbabit rentung sepenuhnya, manakala dua lagi 40 peratus terbakar.

Menurut sumber, hasil siasatan awal anggota bomba mendapati ada kesan petrol di tempat duduk motosikal dipercayai dibakar itu dan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) turut menunjukka­n kelibat dua lelaki melakukan kerja jahat terbabit.

“Pasukan forensik bomba sudah mengambil beberapa sampel dan bahan bukti di lokasi kejadian untuk dianalisis dan setakat ini, polis tidak menolak kemungkina­n kejadian itu berpunca daripada khianat.

“Kami mengesan identiti dua lelaki yang dirakam CCTV itu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 435, Kanun Keseksaan,” katanya.

Sementara itu, penduduk, Yoh Sing Leong, 42, yang bekerja sebagai penghantar barang

„ Polis cari dua lelaki dirakam CCTV bantu siasatan kebakaran 13 motosikal di rumah pangsa

berkata, dia sudah tidur kira-kira jam 10 malam namun terkejut apabila terdengar letupan di bawah rumahnya.

“Saya terjaga selepas dengar orang ramai menjerit memaklumka­n ada kebakaran jam 1 pagi dan terus berlari turun sebelum terlihat motosikal yang diletakkan di parkir dijilat api.

“Saya cuba mengangkat motosikal saya, namun dihalang orang ramai kerana mereka bimbang ia akan meletup berikutan api masih marak ketika itu,” katanya di lokasi kejadian.

Yoh berkata, dia kesal kerana mengetahui kejadian itu dipercayai dilakukan dua lelaki selepas kelibat mereka dirakam CCTV yang dipasang di kawasan perumahan berkenaan.

“Jika benar ini perbuatan khianat, mereka yang melakukan itu memang tidak bertanggun­gjawab kerana menyusahka­n orang lain yang hanya bergantung dengan motosikal untuk melakukan kerja harian.

“Saya harap pihak berkuasa menahan individu membakar motosikal ini dan memberi hukuman setimpal kepada mereka,” katanya.

 ??  ?? SEBAHAGIAN motosikal penghuni flat yang musnah terbakar. Gambar kecil, Ahli Parlimen Bukit Bendera Zairil Khir Johari (tengah) ketika melawat tempat kejadian, semalam.
SEBAHAGIAN motosikal penghuni flat yang musnah terbakar. Gambar kecil, Ahli Parlimen Bukit Bendera Zairil Khir Johari (tengah) ketika melawat tempat kejadian, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia