Harian Metro

Cedera jaga dijel empat hari Saya mahu ‘terbang’

- Amrullah Abdul Karim am@hmetro.com.my

“Walaupun kejadian itu hampir meragut nyawa namun ia tidak mematahkan semangat saya untuk terus aktif dalam sukan ini, malah ini satu permulaan buat saya,” kata Mohamad Rosely Azli, 53, yang terselamat selepas payung luncurnya ‘disedut’ angin hingga ke paras lebih 2,000 meter Sabtu lalu.

Menurutnya, kejadian disedut angin ketika meluncur dari Bukit Batu Pahat, di sini, dianggap pengalaman luar biasa yang tidak akan dilupakan.

Begitupun, katanya, ia sedikitpun tidak mematahkan semangatny­a untuk terus aktif dalam sukan ekstrem itu.

“Saya sudah merancang untuk melakukan luncur udara di Kluang, Johor tetapi buat masa ini saya perlu berehat dan pulih sepenuhnya sebelummel­uncursemul­a. “Pengalaman yang saya dapat daripada peristiwa ini mengajar saya supaya lebih berdisipli­n,” katanya ditemui di Wad 1, Hospital KualaKubuB­haru (HKKB) di sini, semalam.

Dalam kejadian Sabtu lalu, Mohamad Rosely bersama enam peluncur udara lain meluncur dari Bukit Batu Pahat pada ketinggian 426.72 meter jam 2.50 petang dan sepatutnya mendarat tujuh minit selepas itu. Petaling Jaya: Akibat mencederak­an seorang pengawal keselamata­n di sebuah kawasan perumahan, seorang penganggur dihukum penjara empat hari dan denda RM1,500 oleh Mahkamah Majistret di sini, semalam. Majistret Mohd Azali Ibrahim menjatuhka­n hukuman itu terhadap Fanklin Andres Harry, 28, selepas dia mengaku bersalah sebaik pertuduhan terhadapny­a dibacakan jurubahasa mahkamah.

„ Lelaki ‘disedut’ ke dalam awan tebal tak patah semangat

Bagaimanap­un, payung luncur Mohamad Rosely diterbangk­an angin kencang hingga ke paras ketinggian lebih 2,000 meter di udara sebelum dia tidak sedarkan diri dalam kepulan awan tebal dan berais. Dia hanya tersedar pada jam 6 petang hari sama dan berada di atas tanah.

Bapa kepada empat anak itu berkata, dia bernasib baik kerana tiada kecederaan serius dialami dan hanya bengkak tangan kanan serta calar pada kedua-dua kaki.

Mohamad Rosely ditemui jam 3.30 petang kelmarin oleh pasukan mencari dan menyelamat di kawasan hutan dan berbukit berdekatan Kampung Sungai Damar, dekat sini, sebelum diselamatk­an menggunaka­n helikopter

 ??  ?? LAPORAN Harian Metro, semalam.
LAPORAN Harian Metro, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia