Harian Metro

Melancong ke Hokkaido

- Garret Dawum garret@hmetro.com.my

„ Ahli perniagaan menang hadiah utama cabutan bertuah MATTA 2017

Pakej percutian ke Hokkaido, Jepun, Oktober tahun ini membawa tuah kepada ahli perniagaan, Ng Chee Seng, 53, apabila menjadi pemenang hadiah utama cabutan bertuah Pameran Persatuan Ejen Pelanconga­n dan Pengembara­an Malaysia (MATTA) 2017.

Dia yang menempah pakej itu sempena MATTA Fair pada Mac lalu akan membawa isterinya ke London, United Kingdom dengan tiket kelas ekonomi pergi-balik untuk dua orang yang dimenangi itu.

“Saya sangat gembira dan teruja apabila menjadi pembeli bertuah sempena MATTA Fair 2017.

“Setiap kali mahu melancong, saya memang memilih untuk membeli di pameran itu kerana ada banyak pilihan destinasi pelanconga­n dengan harga berpatutan,” katanya, ketika ditemui selepas penyampaia­n hadiah MATTA Fair 2017, semalam.

Dua pemenang hadiah utama lain iaitu Wong Kim Chong, 46, memenangi tiket kelas ekonomi pergi-balik dari Kuala Lumpur ke Amsterdam, Belanda, manakala Richard Wong Chuen Fun, 58, memenangi tiket kelas ekonomi pergi-balik dari Kuala Lumpur ke Paris, Perancis.

Bagi hadiah kategori penerbanga­n domestik, Zura Atikah Zulkifli, 24, memenangi baucar percutian bernilai RM5,000, Mohammad Fairuz Amin, 34, memenangi baucar percutian bernilai RM3,000 dan Mohd Nizam Mat Daud, 40, menang baucar percutian bernilai RM1,000.

Selain itu, tiket pergi-balik ke beberapa destinasi, pakej penginapan, tiket masuk ke taman tema dan bufet turut diberikan kepada 179 pemenang bertuah lain.

Sementara itu, Presiden MATTA Datuk Hamzah Rahmat berkata, penganjura­n yang diadakan dari 17 hingga 19 Mac lalu adalah yang terbaik dengan jumlah jualan keseluruha­n iaitu RM200 juta.

 ??  ?? HAMZAH (tengah) bersama pemenang bertuah pada majlis penyampaia­n hadiah MATTA Fair 2017, semalam.
HAMZAH (tengah) bersama pemenang bertuah pada majlis penyampaia­n hadiah MATTA Fair 2017, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia